Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jika Dia Kata Saya Cantik Walau Sekali, Saya Pasti Berhenti'', Wanita Rela Jalani Pembedahan Plastik 30 Kali Demi Puaskan Hati Teman Lelaki


Hanya kerana mahu menarik perhatian dan memuaskan hati teman lelakinya, seorang wanita sanggup menjalani pembedahan plastik sebanyak 30 kali.

Berry Ng, 22, berasal dari Hong Kong memberitahu bahawa dia pertama kali menjalani pembedahan plastik pada usia 17 tahun kerana ingin kelihatan seperti model dari barat. Namun kini, dia menyesali semua keputusan yang diambilnya.


Berry mendakwa dia mula mengalami ketagihan untuk melakukan pembedahan plastik apabila melihat sebuah pusat kesihatan menawarkan paker berpatutan untuk pelajar pada harga HKD 799 (RM 415) untuk tiga suntikan mendapatkan wajah yang cantik.

Pusat kecantikkan tersebut bagaimanapun menawarkannya pakej lanjut yang lebih mahal harganya HKD 17,000 (RM 8858). Berry ternyata berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat apabila mendapati wajahnya bertambah cantik lalu membuat keputusan untuk mendapatkan lebih banyak rawatan sebelum mendapati dirinya sudah ketagih dengan pembedahan plastik.


Keadaan bertambah parah apabila dia mula terlibat dalam hubungan percintaan pada usia 20 tahun dengan seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya. Teman lelakinya itu seringkali mengherdik rupa parasnya dan membanding-bandingkan dengan wanita lain.

Demi menarik perhatian teman lelakinya, Berry kemudian nekad untuk kembali menjalankan pembedahan plastik dalam tempoh enam bulan, jangka masa sama dimana majoriti pembedahan daripada 30 pembedahan plastik dijalankan.

Antara prosedur pembedahan yang terlibat adalah pembedahan pada kelopak mata dan pembetulan hidung. Malah turut menerima suntikan pada bahagian dahi bagi mendapatkan bentuk yang lebih bulat, bibir, pipi dan dagu.

''Jika dia (teman lelaki) berkata 'kamu cantik' walau sekali, saya akan berhenti melakukan pembedahan tersebut,'' kata Berry kepada media.

Bertambah rumit, teman lelakinya juga turut mengkitik saiz payu daranya yang dikatakan terlalu kecil hingga menyebabkan Berry berasa tertekan lalu mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan sekali lagi bagi memuaskan hati teman lelakinya.

Ketika dia dalam proses pemulihan daripada pembedahan terakhir yang dilakukan, saat itulah dia mula mendapat kesedaran diri apabila melihat ibunya sedih dengan ketagihan yang dialaminya.

''Kamu memang sedia cantik sejak sebelum semua pembedahan yang kamu lakukan ini'', kata ibunya.

Berry dan ibunya

Berry akhirnya nekad untuk memutuskan hubungan tersebut yang disifatka sebagai 'toksik' dan kini giat menjalankan kempen menentang pembedahan plastik melalui platform Youtube.

Berapa gadis dan wanita turut memberi respon terhadap kempennya itu dengan ada yang mendakwa bahawa pasangan dan suami masing-masing seringkali tidak berpuas hati dengan penampilan mereka hingga memaksa untuk menjalani pembedahan plastik bagi memuaskan hati pasangan masing-masing.

''Sebenarnya, lelaki banyak mempengaruhi wanita. Banyak daripada mereka (wanita) seringkali berbicara hal seperti 'teman lelaki saya memberitahu bahawa hidung saya tidak mancung' atau 'wajah saya terlalu besar'. Sebahagian besar tertekan dan bertindak seperti saya.

''Sebab itulah saya menjalankan kempen ini bagi berkongsi pengalaman saya,'' kata Berry lagi.

Katanya, dia menyesali semua keputusan yang dibuat sebelum ini dan berharap dia mampu berpatah balik dan mendapatkan kembali wajah lamanya. Dia kini nekad untuk tidak lagi sama sekali melakukan pembedahan serupa pada masa depan.


Sumber : Oddity Central News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli