Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Masih Perlukan Tablet Sebelum Anda Kata Tablet Sudah Tidak Relevan



Mungkin sesetengah daripada anda tidak lagi memandang kepentingan tablet semenjak kebanyakkan daripada pengeluar fon masing-masing membawakan model phablet ke pasaran bersama paparan skrin yang besar.

Malah, kita juga dapat lihat trend pengeluar fon ketika ini lebih cenderung membawakan telefon pintar dengan nisbah skrin lebih pada 18:9 berbanding rekaan lama 16:9. Dengan ini, saiz fon masih kekal sama walaupun paparan skrin ditambah kebesarannya.

Namun, tidak dinafikan tablet membawakan ciri dan penggunaan yang berlainan dengan telefon pintar atau komputer riba. Berikut merupakan 5 sebab kenapa anda masih perlukan tablet dalam penggunaan seharian.

1. Cakap Lah Apa Pun Tapi Saiz Does Matter!

Bayangkan anda berada di luar dan perlu melaksanakan tugasan kerja, kita ambil contoh menghantar email. Anda boleh melaksanakannya dengan menggunakan telefon pintar tetapi ianya sesuatu yang agak sukar kerana saiz skrin 6 inci tidak memadai.

Anda boleh menggunakan komputer riba tetapi anda perlu mencari tempat duduk dan perlu mencari tempat yang menyediakan wi-fi, satu cabaran yang memeningkan kepala. Di sinilah tablet memainkan peranan penting dalam menyelesaikan keserabutan ini. Dengan skrin yang besar dan anda tidak akan mengahadapi masalah untuk melakukan tugasan sambal berdiri sekalipun.

2. Tablet Merupakan Alternatif Terbaik Kepada Komputer Riba

Jika anda bukan pengguna tegar komputer riba untuk penggunaan seharian, adalah lebih baik untuk memiliki tablet. Ianya lebih mudah untuk mengekses aplikasi dan pelayaran internet dan media sosial. Ianya juga lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana.

3. Peranti Untuk Tontonan Ramai


Jika anda peminat filem dan Netflix, tablet adalah peranti untuk anda. Malah dengan tablet, anda boleh menonton filem atau video secara beramai-ramai. Mungkin anda boleh kata, komputer riba juga boleh melakukan tugasan yang sama, namun anda tidak boleh menafikan penggunaan tablet adalah lebih mudah, misalnya anda pergi bercuti, membawa komputer riba adalah sangat tidak praktikal.

4. Harga Tablet Sebenarnya Adalah Jauh Lebih Murah Dan Berbaloi

Jangan terkejut, kini anda boleh memiliki sebuah tablet dengan hanya bawah RM1,000. Rata-rata daripada kita beranggapan bahawa tablet merupakan peranti yang lebih mahal kerana saiz skrinnya yang lebih besar. 


Kita tidak boleh nafikan bahawasanya, teknologi pada ketika ini adalah penting untuk kanak-kanak melenium walaupun mungkin ada sesetengah daripada anda yang tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Tablet merupakan medium yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.
Pernah tak anda diganggu oleh adik kecil atau anak buah sebab mereka mahu bermain telefon pintar anda? Apa salahnya anda sediakan mereka satu tablet untuk mereka bermain.

Selain daripada hiburan semata-mata, mereka juga boleh bermain game yang memerlukan mereka berfikir malah pengetahuan umum mereka juga akan lebih meluas. Namun, harus kami ingatkan, kawalan daripada ibubapa juga adalah penting.


Kita ambil contoh, Huawei MediaPad M3 Lite. Ianya dibina dengan paparan skrin IPS berukuran 8 inci bersama resolusi HD penuh. Dimuatkan dengan kamera 8-Megapiksel Autofokus di bahagian depan dan belakang. Rekaan luaran pun memang nice gila!


Yang menariknya, ianya juga dilengkapi dengan system audio buatan HARMAN KARDON memastikan pendengaran musik dan tontonan video yang lebih enak di telinga. Mediapad M3 Lite turut mempamerkan rekaan dua pembesar suara stereo bersama dua sistem pintar cip PA sistem dan Super Wide Sound 3.0, sesuai untuk hiburan beramai-ramai, satu bilik boleh dengar. 


Pada anda yang tertanya-tanya, ya, tablet ini memiliki slot kad SIM bermakna anda juga boleh membuat dan menjawab panggilan yang anda tidak akan dapat pada komputer riba. Bateri berkapasiti 4,800mAh memang sangat mencukupi untuk kegunaan seharian, malah mampu bertahan sehingga 2 hari.



Tablet ini juga hadir dengan aplikasi Microsoft tersedia untuk memudahkan anda menjalankan kerja harian, dengan sambungan internet LTE Ct.4G, dalam train pun boleh buat kerja. Anda boleh dapatkan semua ini dengan harga hanya pada RM999. Berbaloi sangat-sangat dah tu. Kalau nak jadikan tablet ni sebagai komputer riba pun boleh, anda hanya perlu beli papan kekunci untuk disambungkan ke peranti ini, maka jadilah komputer riba.

Boleh layari lama rasmi Huawei untuk maklumat tentang peranti ini dengan lebih lanjut disini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  2. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam
  4. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli