Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Ingat Senang Ke Kerjaya Sebagai Youtuber?” Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jadi Youtuber

4 ulasan
Mat Lutfi, antara Youtuber yang popular Malaysia.

Ahhhh... Media sosial, satu platform yang semakin meningkat naik seperti harga matawang krypto. Walaupun pada satu ketika dahulu media sosial kelihatan seperti satu aktiviti tidak berfaedah, namun kita dapat lihat sekarang, geng-geng pakcik-makcik pun sudah terjerumus dengan dunia alam maya, yakni Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan lain-lain. Ianya sudah menjadi satu kewajipan, macam kad pengenalan, wajib ada setiap sorang!

“Seriuslah, kau takde Facebook? Ok, faham……….Insta ada?”

Mungkin betul juga kata orang dewasa 50-an dan 60-an, orang muda zaman melenium sekarang ni tak berjaya dalam pekerjaan profesional kerana mereka membesar dengan telefon bimbit ‘33 sekupang’ ditangan. Jadi, tidak hairanlah semakin ramai golongan muda melenium yang beralih kerier ke industri digital.


YouTube merupakan salah satu platform yang digunapakai secara meluas untuk memperkenalkan kandungan alam maya seperti vlog, filem pendek, animasi, video menarik dan macam-macam lagi. Sudah ramai golongan melenium menempa nama mereka melalui laman sosial media dan menjana pendapatan yang agak lumayan. 

“Betul ke YouTube boleh dijadikan kerjaya?”. Jawapannya, ya! Kalau anda memang ada bakat dan kreatif. Namun ianya tidak semudah yang anda fikirkan. Mencipta video atau animasi kreatif bukanlah sesuatu yang kacang, walaupun ada satu siaran bernama Ryan ToysReview, mendapat jutaan tontonan dengan hanya merakam anak kecil bermain lego.


via GIPHY

1. Video Adalah Content, Dan Anda Perlukan Penonton

Tidak kiralah betapa hebatnya video yang anda hasilkan, tiada maknanya kalau penonton hanyalah diri anda sendiri dan sahabat terdekat, Untuk menjadi Youtuber, anda perlu ada portfolio sebelum memohon untuk menjadi Youtuber yang sah. Bermaksud, Youtube akan mengkaji terlebih dahulu video yang anda hasilkan sebelum anda dibayar oleh mereka.

2. Ada Syaratnya

Untuk memohon menjadi Youtuber yang sah, anda perlukan sekurang-kurangnya 1000 tontonan secara total. Anda perlu mendaftar akaun Adsense yang akan membayar setiap video yang anda muat naik di Youtube.

Kemudian anda perlu tahu tentang ‘Monetization’. Monetize ini bermaksud pihak Youtube akan mengkaji terlebih dahulu video tersebut sebelum video anda diluluskan untuk dibayar.  Anda bebas untuk memilih mana satu video yang anda rasa layak untuk dibayar berdasarkan ‘view’.

3. Video Haruslah Original, Bukan Kopipes

Ada jalan pintas dalam penghasilan video, iaitu menciplak video orang lain atau nama lainnya copywrite. Youtube sangat mengambil berat tentang hal ini dalam usaha untuk menjaga hasil kerja orang lain. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil hak milik orang dan menggunakannya untuk kepentingan anda. CD cetak rompak all over again.


4. Komitmen. Ini Bukan Macam Hobi, Buat Waktu Lapang Bila Free Je.

Ya, tak salah untuk menjadikannya hanya sebagai hobi. Memang ramai pelajar sekolah dan universiti tanpa segan silu mengishtiharkan kepada orang ramai hobi mereka ber’vlogging’. (Btw, adakah vlog sudah jadi perkataan rasmi sekarang ni?)

Namun, jika anda mahu menjadikan Youtube sebagai karier secara serius, anda perlu banyak menghabiskan masa. Malah, anda mungkin lebih sibuk daripada doktor dan engineer. Untuk menghasilkan video yang ‘cukup syarat’, terutamanya selepas rakaman video, anda perlu banyak menghabiskan masa di fasa penyuntingan pula.

5. Anda Perlukan Modal

Sebenarnya anda tak perlukan modal pun untuk jadi Youtubers. Boleh sahaja gunakan telefon pintar yang sedia ada untuk merakam video, dan sunting terus di dalam fon menggunakan aplikasi penyuntingan percuma. 


via GIPHY

Tetapi untuk mencari bahan-bahan untuk content video, anda perlukan internet yang secukupnya. Internet yang mencukupi dapat mempercepatkan masa anda muat naik dan semestiya perbualan bersaman penonton di ruangan komen contohnya.


Pada anda yang baru nak mula Youtube, boleh sahaja guna Internet yang ditawarkan pakej prabayar Digi Prepaid Super Tererrr. Pakej ni ada dua pelan, Super Tererr 38 dan  Super Tererrr 58 masing-masing dengan 5GB Internet dan 8GB Internet. Yang penting pukul 12 pagi sampai 12 tengahari Internet percuma dan panggilan pun tanpa had setiap hari. Wah, dah macam iklan dah. Bukan apa, kalau nak jadi Youtuber, adalah lebih baik tak ada komitmen bulanan. Bebas sikit.

6. Cuba Jadi Lain Dari Yang Lain. Jadi Kreatif.


Menarik penonton bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun bagi anda video yang dihasilkan sudah cukup kelakar, tak semestinya ianya kelakar bagi orang lain. Oleh sebab itulah anda perlu menitik beratkan tentang analitik. Melalui analitik, anda boleh lihat siapakah ‘audience’ anda. Dari situ anda boleh tahu lokasi, umur, jantina dan lawak genre apa yang anda perlu hidangkan kepada penonton.

Anda boleh ekspresikan diri anda untuk tontonan umum, tiada masalah. Anda juga boleh menhasilkan video yang gila-gila seperti King Coco dan Bobo untuk menarik perhatian dan mengumpul pengikut, tiada masalah. Tetapi anda harus ingat, risiko kerjaya Youtuber ini tidak seperti kerjaya yang lain. Mungkin ianya tidak merugikan kerana tidak perlukan modal, tetapi anda terpaksa berdepan pula dengan cyberbullying jika tersilap langkah.

Nak tahu lanjut tentang Digi Prepaid Super Tererrr? Layari https://new.digi.com.my/prepaid-addons#Super-Tererrr #DigiSuperTererrr #JomInternet #DigiPrepaidLiVE.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli