Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bawah Umur Sorok Bayi Dalam Kabinet

2 ulasan

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur didapati melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci sebuah rumah di Kampung Bahagian Jaya.

Menurut Supritendan Martin Koo yang merupakan Timbalan Ketua Polis Sibu, remaja lelaki tersebut ditahan selepas remaja perempuan yang berusia 12 tahun itu mendakwa dia adalah teman lelakinya.

"Gadis itu melahirkan bayi sendirian di rumah keluarga angkatnya di Kampung Bahagian Jaya pada pukul 6 petang.

"Bimbang sekiranya orang luar mengetahui mengenai perkara itu, dia menyembunyikan bayinya dalam laci di kabinet bilik stor," katanya yang dipetik dari laporan The Star.

Sekitar pukul 4 petang pada Selasa, kakak angkat kepada remaja perempuan itu dikejutkan dengan tangisan bayi di dalam rumah.

Kakak angkat suspek menjumpai seorang bayi yang dibalut dengan tuala di dalam laci.

Pemilik rumah itu kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Remaja lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

Sumber- The Star

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli