Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Huawei Mate 10, Peranti Masa Depan Dengan Kecerdasan Buatan (AI), Mampu Mempelajari Sifat Pengguna.


Fon merupakan satu peranti yang dilihat selalu hadir dengan inovasi saban tahun. Bermula dengan teknologi skrin sentuh, kemudian skrin pula dibesarkan sehinggalah binaan dwi-kamera yang dimodenkan oleh, tak lain tak bukan, Huawei P9.

Bulan Oktober yang lepas, Huawei telah membawakan model Mate 10, satu model phablet flagship untuk tahun 2017. Siri Mate 10 terus menjadi ‘pisang panas’ bagi rantau Eropah Barat dengan pra-tempahan untuk peranti itu telah melebihi sasaran mereka sebanyak 100% terutamanya varian Mate 10 Pro. Ianya sesuatu yang tidak mengejutkan kerana Huawei sering tampil dengan inovasi baru semenjak 2 tahun kebelakang ini.


Apa yang membuatkan Huawei Mate 10 menjadi buah mulut adalah disebabkan banyak perkara, namun pada kami, binaan dalaman membuatkan ianya menjadi antara peranti yang unggul ketika ini. Peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaru dari Huawei iaitu, Kirin 970. Kirin 970 dikuasakan dengan 8-teras CPU dan 12-teras GPU. Ianya dijalankan dengan 4 teras pada 2.5GHz dan 4 lagi teras pada 1.8GHz. Huawei berkata cip ini membawakan peningkatan sebanyak 25 kali ganda prestasi dan 50 kali ganda efisyen.


Malah, Kirin 970 juga hadir dengan tekonologi Machine Learning Algorithm yang membenarkan peranti ini mempelajari tingkah laku dan sifat pengguna. Dimuatkan bersama Neural Network Processing Unit(NPU), setiap tugasan dan arahan anda akan menjadi lebih mudah kerana peranti ini akan menyimpan setiap tugasan yang anda lakukan dan kemudian mempelajarinya untuk ramalan seterusnya.


Dengan teknologi keupayaan pemprosesan kecerdasan buatan (Artificial Intelligent), Huawei turut menampilkan ciri pengecaman objek ke dalam aplikasi kamera peranti ini. Melalui ciri ini, ianya dapat mengesan objek dan mengubah tetapan paling optimum untuk menghasilkan gambar yang terbaik.


Terdapat 13 objek yang boleh dikenalpasti oleh peranti ini termasuklah makanan, tumbuhan, gambar portrait, pemandangan matahari terbenam, pantai dan lain-lain lagi. Jadi anda sudah tidak perlu pening-pening kepala menyunting gambar selepas ianya diambil. Biar telefon ini berkerja dan berfikir untuk anda.


Seperti contoh, anda mahu mengambil gambar daun, peranti ini akan menukar tetapan dari segi warna, kepekatan dan sebagainya secara automatik di latar belakang. Anda boleh lihat ikon ‘tumbuhan’ terpapar di bahagian hujung frame aplikasi kamera secara real-time. Jadi anda tidak perlu lagi menyunting gambar tersebut kerana ianya sudah dicantikkan oleh peranti AI ini.


Bercakap tentang kamera, Huawei sekali lagi berkerjasama dengan Leica untuk kamera yang dipasangkan ke Mate 10. Ianya memiliki system dwi-kamera utama dengan 12MP RGB dan 20MP monokrom, dan kedua-duanya dengan penstabilan imej optikal. 


Yang menariknya, kedua-duanya juga hadir dengan nilai aperture yang besar iaitu f/1.6, paling besar antara kamera telefon pintar ketika ini. Bermakna gambar yang dihasilkan juga lebih cerah dan jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Dan yang paling penting sekali, aperture yang besar bermakna gambar “BOKEH” yang lebih hebat.




Lagi satu kehebatan cip pemprosesan Kirin 970 ini adalah ianya sendiri merupakan cip yang jimat tenaga. Oleh kerana cip ini mampunyai keupayaan untuk belajar, setiap tindakan dan tugasan anda dikutip untuk ia belajar dalam mengurus dan mengoptimumkan penggunaan bateri. Cip ini sangat bijak, ia juga boleh mengira ramalan setiap aplikasi yang anda suka. 


Contohnya, anda suka membaca artikel dari Siakap Keli pada belah pagi dan malam di Facebook, peranti ini akan memberi prioriti kepada aplikasi Facebook untuk berkerja keras pada sekian waktu. Ia juga akan merehatkan proses aplikasi yang jarang digunakan oleh pengguna yang bermain di latar belakang. Jadi anda tidak perlu lagi tutup aplikasi secara manual kerana pengurusan RAM juga dijaga oleh cip pemprosesan AI ini, maka bateri tahan lebih lama walaupun saiznya sendiri sudah sebesar 4,000mAh.


Tak cukup dengan itu, Huawei turut berkerjasama dengan Microsoft dalam membawakan aplikasi Translator yang terbina di dalam peranti. Ciri ini dapat membantu anda untuk berkomunikasi walaupun dalam bahasa asing. Translator mampu menterjemah bahasa asing dengan pengesan suara. Lihat video diatas untuk tahu lebih lanjut tentang aplikasi ini terutamanya jika anda yang suka travel ke luar negara.



Mate 10 didagangkan pada harga RM2,699 ditawarkan dengan pilihan warna Black, Champagne Gold, dan Mocha Brown manakala Mate 10 Pro pula pada RM3,099 dengan pilihan warna Mocha Brown dan Midnight Blue. Malah, anda boleh dapatkan peranti ini secara percuma melalui pembelian dengan pakej internet yang dihidangkan oleh telko tempatan.

Pada yang dah terliur sangat, tak reti nak sabar nak sambar peranti ini, sila ke pautan Vmall Huawei Malaysia yang disediakan di bawah.

Mate 10 Pro: https://www.vmall.my/huawei-mate-10-pro
Mate 10: https://www.vmall.my/huawei-mate-10


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli