Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hati Superhero 'The Flash' Ditawan Gadis Dari Sabah, Datang Ke Malaysia Untuk Majlis Perkahwinan Mereka


Aktor Amerika Syarikat (AS) yang memegang watak utama superhero The Flash a.k.a Barry Allen, Thomas Grant Gustin, 27, dilaporkan berada di Sabah sejak 17 Disember lalu bersama tunangnya, Andrea Thoma, 29, yang berketurunan Kadazan sebelum berangkat pulang ke AS semalam.

Keberadaan pelakon popular tersebut di tanah air disedari oleh netizen selepas Gustin telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram bersama Thoma dengan berlatar belakangkan hari cerah di negeri di bawah bayu tersebut.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dimana mereka tinggal kerana inginkan ruang peribadi yang kemudian disambut baik oleh netizen yang tidak mendedahkan lokasi pasangan itu walaupun mengetahuinya.

''Mereka sangat menghormati kami. Mereka meminta terlebih dahulu untuk bergambar dengan kami, tiada yang curi-curi ambil gambar,'' kata Gustin.

Melalui perkongsian gambar tersebut juga Gustin telah meletakkan satu caption yang bermaksud ''Kami berjaya melakukannya'' yang disambut dengan ucapan tahniah oleh netizen.

Gustin dan Thoma pulang ke negeri asal ibunya bagi menyertai upacara perkahwinan tradisional masyarakat Kadazan di Kampung Kolopis Penampang yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan tersebut.

Ujar Gustin lagi, dia merasa sangat teruja untuk belajar banyak benda baru termasuklah budaya dan adat resam Kadazan memandangkan ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di Sabah.

Malah dia turut berkongsi bahawa sudahpun boleh menyebut beberapa perkataan di dalam bahasa Kadazan seperti Kotohuadan ( terima kasih ) dan Aramaitii! ( selamat!).

''Saya juga mendapat tahu bahawa mereka (orang Kadazan) boleh menggulung lidah dan mampu menyembut rrrr dengan baik,'' kongsinya lagi sambil menunjukkan kebolehannya menggulung lidah.

Bagi Thoma pula, walaupun lahir dan dibesarkan di Ohio, AS, dia tahu serba sedikit mengenai budaya dan adat resam orang Kadazan malah boleh berbahasa Melayu dan Kadazan walaupun tidak fasih.

''Ibu saya kadang-kala akan bertutur dalam bahasa Kadazan dengan kami supaya kami tidak melupakan asal usul keluarga walaupun menjadi sebahagian daripada warga Amerika,'' kongsinya.

Malah, mereka juga seringkali berkunjung ke Sabah bagi memastikan mereka tidak terputus ikatan dengan warisan Borneo.

Gustin juga memberi tahu bahawa mereka akan datang kembali Malaysia di masa akan datang selain merancang untuk membeli tanah di sini.

Kedua-dua pasangan tersebut merancang untuk mendaftarkan perkahwinan mereka secara rasmi di AS pada tahun depan.


A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Sumber : The Star Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  6. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli