Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-gara Swafoto Bersama Miss Israel, Miss Iraq Terima Ancaman Bunuh


Gara-gara bergambar swafoto bersama ratu cantik Miss Irael, seluruh keluarga Miss Iraq terpaksa meninggalkan negara itu kerana telah membangkitkan kemarahan di kota Baghdad.

Gambar tersebut menunjukkan Miss Iraq, Sarah Idan bersama dengan Adar Gandelsman dari Israel yang mewakili negara masing-masing pada pertandingan ratu cantik Miss Universe di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Gambar swafoto itu telah dimuat naik ke laman instagram Idan dengan rujukan sebagai mempromosikan 'kedamaian dan cinta'.


Tindakan itu telah mencetuskan kekecohan di media sosial. Imej tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga memaksa keluarga Idan ke luar negara dalam ketakutan.

Beliau berkata, ramai yang mengancam dia dan keluarganya bahawa sekiranya dia tidak pulang ke rumah dan memadamkan gambar tersebut, mereka akan menarik balik gelaran Miss Iraq. Malah mereka mengancam akan membunuhnya.

"Dalam ketakutan, mereka meninggalkan Iraq sekurang-kurangnya sehingga keadaan kembali tenang," katanya

A post shared by Miss Universe Israel🇮🇱 (@adar_gandelsman) on

Gandelsman berkata, Idan yang kini menetap di AS memutuskan untuk memuat naik gambar tersebut bagi menunjukkan 'kemungkinan untuk hidup bersama'.

Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen di negara yang tidak mengiktiraf Israel kerana konflik perang.

Sumber: Telegraph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli