Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Lebih 1000 Harta Benda Musnah Dan Kerugian Mencecah USD 34 Juta Akibat Enam Kebakaran Melanda California, Amerika Syarikat


Selepas seminggu 'Kebakaran Thomas' melanda California, ribuan anggota bomba masih lagi menghadapi kesulitan untuk menangani bencana tersebut.

Kawasan kebakaran kini telah pun melebihi saiz bandar New York, namun ia hanya cuma 1 daripada 6 kebakaran besar yang melanda negeri tersebut yang kini sudah pun memusnahkan lebih daripada seribu struktur dengan jumlah kerugian melebihi USD 34 juta.



Ketika keadaan kebakaran terkini semakin parah bermula dari kawasan Montecito hingga ke Santa Barbara pada petang Isnin, masih ada lagi yang percaya ia boleh dikawal dan kekal bertahan.

Salah seorangnya adalah Barbara Nimmo. Dia memberitahu pernah menghadapi bencana kebakaran sebelum ini termasuklah peristiwa kebakaran Zaca yang telah memusnahkan lebih daripada 240 ribu ekar kawasan pada tahun 2007 dan kebakaran di Ngarai Romero, 4 tahun lalu. Katanya, dia tidak berpindah daripada kawasan tersebut ketika kejadian itu berlaku biarpun api marak di kawasan berdekatan tempat tinggalnya.

''Kami berasal dari kawasan ini. Kami mengetahui mengenai kebakaran tersebut dan kami kekal bertahan demi kepentingan pelanggan kami,'' kata Nimmo yang berkhidmat sebagai Pengurus Estet untuk beberapa rumah agam di Montecito.

''Ini adalah kebakaran paling teruk pernah sayang lihat,'' tambahnya lagi.

Manakala seorang lagi penduduk, Dr Antonio yang merupakan seorang Anesthesiologist berkata dia sudah pun kehilangan dua buah rumahnya dalam dua kebakaran berasingan yang melanda California setakat ini.

Ujarnya, dia bersama-sama isteri dan anak lelakinya berjaya menyelamatkan diri dari rumah mereka yang terbakar ketika kebakaran tersebut bermula pada Oktober.



Seminggu selepas peristiwa tersebut, Wong terpaksa menerima hakikat bahawa sebuah lagi rumahnya yang disewakan di Ventura turut menerima nasib yang sama pada minggu lepas.

Dalam perkembangan yang lain pula, Kebakaran Thomas ini dikatakan adalah bencana kebakaran kelima terbesar dalam sejarah negeri California selepas 230 ribu ekar kawasan di Ventura dan Santa Barbara sudah pun dijilat api.

Setakat ini, seramai 93,243 orang sudah pun diarahkan berpindah di kedua-dua kawasan tersebut sejak petang Isnin lalu manakala jumlah kematian masih lagi kekal seorang iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun dikenali sebagai Virgina Pesola yang maut dalam kemalangan dipercayai cuba melarikan diri daripada kawasan kebakaran. Mayatnya dijumpai pada Rabu lalu.

Menurut laporan media, jumlah keenam-enam kawasan kebakaran tersebut lebih besar daripada gabungan saiz bandar New York dan Boston, malah mungkin lebih besar dari saiz negara Singapura.

Selain Kebakaran Thomas (20 peratus berjaya dikawal), kebakaran lain adalah Kebakaran Creek (95 peratus berjaya dikawal), Kebakaran Rye (93 peratus berjaya dikawal), Kebakaran Lilac (80 peratus berjaya dikawal), Kebakaran Skirball (85 peratus berjaya dikawal) dan Kebakaran Liberty (100 peratus berjaya dikawal namun masih dalam pengawasan pihak berkuasa).







Sumber : CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli