Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Hujan Meteor' Geminids Boleh Disaksikan Bermula Tengah Malam Ini Dengan Mata Kasar, Tapi Bagaimana Caranya?


Meteor Geminid dijangkakan akan kembali lagi menjelang Subuh, 14 Disember 2017. Meteor kali ini amat baik kerana tiada cahaya bulan berbanding apa yang berlaku tahun lepas dimana cahaya bulan telah menenggelamkan sebahagian besar meteor- meteor ini.

Apa itu Meteor Geminid? Meteor Geminid ialah habuk dan debu peninggalan daripada sebuah asteroid bernama 3200 Phaethon. Dipercayai pada suatu ketika dahulu, asteroid ini mengalami suatu perlanggaran yang kuat dan menyebabkan sebahagian daripada permukaannya hancur dan menjadi serpihan debu dan habuk yang bergerak di sepanjang laluan orbitnya.

Setiap kali bulan Disember, orbit Bumi akan membawa kita masuk ke dalam kawasan yang penuh dengan habuk dan debu daripada asteroid 3200 Phaethon ini lalu menghasilkan juraian meteor Geminid.

Meteor Geminid akan memuncak pada awal Subuh 14 Disember waktu malaysia. Ia berdasarkan laporan rasmi daripada International Meteor Organisation (IMO) yang menyatakan kemuncak meteor itu berlaku pada 14 Disember jam 06:30 UT.


Tahun ini, asteroid ini akan melintasi hampir dengan Bumi pada jarak hanya 10.3 juta km pada 16 Disember 2017, jam 7 PM waktu Malaysia. Ia akan bersinar pada magnitud 11, dan boleh dilihat dengan teleskop yang sederhana besar. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Berdasarkan maklumat tersebut, puncak juraian ini akan berlaku jam 2.30 p.m waktu Malaysia. Disebabkan ketika itu di Malaysia adalah waktu siang, maka waktu paling hampir bagi kita disini ialah waktu subuh 14 Disember.

Secara amnya, bilangan Zenithal Hourly rate atau ZHR rasmi untuk Geminid ialah 120 meteor setiap jam. Tetapi harus diingat, ini merujuk kepada bilangan yang dapat dilihat dari kawasan gelap, cuaca baik tidak berawan dan titik muncul meteor ialah tega di atas kepala.


Jika dilihat dari langit di Malaysia, titik radiant Geminid hanya boleh mencecah ketinggian maksimum 60 darjah. Maka bilangan 120 mustahil untuk dicapai. Namun begitu, kita masih boleh melihat kemunculan meteor pada kadar 50-60 meteor setiap jam.

Buruj Gemini akan terbit sekitar jam 10 malam (11 malam di Sabah) pada 13 Disember 2017. Menurut artikel IMO, meteor-meteor yang muncul ketika ini sudah mula boleh dilihat walaupun bilangan masih sedikit, disebabkan sudut geometri pergerakkannya yang masih landai, ia akan kelihatan lebih panjang dan bergerak agak perlahan. Meteor jenis ini dipanggil sebagai Earthgrazers.

Apabila tiba waktu tengah malam memasuki tarikh 14 Disember, kedudukan buruj Gemini semakin tinggi di langit dan bilangan meteor akan semakin bertambah banyak. Pada waktu ini juga ia akan muncul laju dan pendek pergerakkannya.


Bilangannya akan terus bertambah menjelang waktu subuh. Sebaik sahaj subuh bermula ia akan kelihatan semakin berkurang disebabkan langit yang makin cerah menjelangnya terbit matahari.

Anda hanya perlu tumpukan pemerhatian di kawasan langit yang paling gelap dan jauh daripada silau atau gangguan cahaya. Kawasan pantai menghadap laut lebih baik kerana kurang lampu di situ.

Jika anda mencerap dari kawasan bandar, jangan berharap untuk melihat meteor yang banyak kerana gangguan cahaya yang teruk dari kawasan ini akan menyukarkan kita melihatnya.

Kajian menunjukkan akibat kesan graviti planet Musytari, laluan habuk dan debu ini bergerak semakin hampir ke kawasan orbit Bumi saban tahun. Ini mungkin antara sebab meteor Geminid ini merupakan antara juraian meteor yang paling aktif dengan bilangan kemunculan yang banyak.

Berikut adalah bagaimana cara terbaik untuk lihat Meteor Geminids.


1.Meteor Geminids ... kemuncaknya bermula malam ni hingga ke Subuh esok.

2. Doakan langit cantik, tidak berawan ataupun hujan.

3. Jangan mudah terkeliru dengan foto-foto komposit seperti ini. Ia merupakan gabungan beberapa foto.

4. Kalau dengan mata kasar, kita akan nampak sebutir dua dalam jarak sekitar 1 atau 2 minit sekali.. itupun jika dalam keadaan cuaca ok dan suasana persekitaran gelap.

5. Rantaian kemunculan meteor-meteor ini kadangkala datang bergugus.. muncul 3,4 biji serentak..lepas tu senyap je ..lepas tu tiba-tiba muncul lagi.

6. Itulah sebabnya cerapan meteor ini, kita kena disiplin dan tengok selama yang mungkin.

7. Jangan duduk seminit dua, lepas tu tak nampak, lepas tu complain... itu bukan cara mencerap meteor.

8. Jangan tengok dari celah tingkap rumah, kena tengok kawasan yang lapang.

9. Bawa bekal kopi o panas...

10. Jangan lupa rujuk http://falakonline.net/…/menunggu-kemunculan-meteor-geminid/

11. Jangan lupa malam ni The Last Jedi dah start...woo hooo..


Sumber: Falak Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

  3. Q kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah 😇😇 jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...


    BalasPadam

  4. Q kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah 😇😇 jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...


    BalasPadam
  5. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli