Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Dijatuhkan Hukuman Penjara 13,275 Tahun


30 Dis - Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu.

Menurut laporan media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Walaupun ramai yang terkejut dengan tempoh hukuman ke atas lelaki itu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih lagi belum mampu memecah rekod lama pada tahun 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso.


Thipyaso dijatuhkan hukuman atas kesalah penipuan korporat.

Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun in berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram.

Menjadikan jumlah keselurahan hukuman penjara yang terpaksa dia hadapi ialah 13, 275 tahun.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berusia 34 tahun itu hanya akan dipenjara maksimum selama 20 tahun mengikut tempoh yang sebenar.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan enam bulan.


Sementara itu, pengerusi Persatuan Skim Pelaburan Anti-piramid Samart Jenchaijitwanich berkata kira-kira 40,000 orang diperdaya untuk melabur dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).

Beliau meminta pihak berkuasa meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar penalti.

Sumber: Bangkok Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli