Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Celup Picagari Sama Buat Khasiat Ubat Hilang?" Perkongsian Ibu Ini Cara Beri Ubat Kepada Anak Selepas Mendapat Nasihat Dari Doktor

3 ulasan

Ramai ibu bapa alami masalah kesukaran untuk memberi anak ubat bukan? Kalau anak yang suka makan ubat memang beruntung. Tapi betul ke cara kita bagi ubat dekat anak kita? Ke selama ini kita bagi ubat yang sudah tak ada fungsi?

Setiap orang ada cara masing-masing beri ubat cecair dekat anak. Biasanya kita akan guna satu picagari dan kongsi dalam semua jenis ubat. Betul ke cara yang kita selalu buat?

Ikuti perkongsian seorang ibu Tengku Wdec mengenai cara betul bagi anak ubat cecair yang disarankan oleh seorang doktor yang dijumpai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memberi ubat kepada anak-anak.


Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambil picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.

Sampailah satu hari anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. Jadi bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.

Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami nombor 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.

Bila doktor check katanya paru-paru Rifky 'basah'. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ade. Then doktor terangkan kenapa jadi macam itu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur.

Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.

Oohhhh...maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rase macam kurang ilmu pulak mase tu.

Lepas tu tetiba doktor tu tanya. "Biase bagi ubat kat anak macam mana?" Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.

"Suap macam biase la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik". Doktor tu senyum. "Salah tu....."


Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo...baru aku tahu.

Korang nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Korang perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas die tu. Penutup tu ade gunanya. Bukan hiasan tau.

Tuang dalam tudung transparent ni dulu. Kalau takde pakai bekas lain pun boleh. Asalkan bersih.

Lepas tu baru tarik pakai picagari. Tuang sikit-sikit. Kalau tak cukup tambah lagi.

Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.


Kalau ade yang lebih jangan masukkan balik dalam botol ye. Kena buang. Jangan masukkan balik dalam botol.

ATTENTION: NI CONTOH JE YE. ANTIBIOTIK MEMANG KENA HABISKAN. DIULANGI. INI CONTOH!!! KANG DAH MARAH

Step tengku share salah satu cara nk jaga ubat supaya tak tercemar. Sebab tengku percaya ramai lagi
yang bagi ubat cara celup-celup mcm tengku sendiri. So please jgn sensitif sangat. Dan yes. Dekat penutup tu ade sukatan. Boleh ikut sukatan dekat tu baru tarik pakai picagari.

Kalau ade yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.

Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.

Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.

Doktor tu kata sekali dah celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.

Ubat baru. Tinggal 3 ni je la.

Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari maksure basuh bersih sebelum celup.

Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.

Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.

So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok? sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.

Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. Boleh. Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. Boleh. Nak pakai satu ubat satu picagari. Boleh.

Terpulang.....asalkan ubat tak bercampur dgn benda asing.

Ni antibiotik. Ni contoh je tau. Antibiotik ni kena habiskan. Tak boleh simpan lama.
Tak macam ubat lain.

Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sbb nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.

Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ade yang cakap tak betul. Wallahhua'lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnye. Boleh refer mereka yang pakar.

Yang ni dah arwah dah. Nampak tak betapa banyak koleksi ubat dalam peti.
Sayonara ubat.

P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul-betul faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.

Wallahhua'lam. Ape-apa pun terima kasih sudi share post ni. Terase macam nak delate bila ade 'bijak pandai' yang hentam. Tapi bila ramai yang berterima kasih sebab kongsi ilmu terasa sejuk perut ni. Macam ade ais batu.

Semoga pahala pengalir kepada doktor yang baik hati itu. Amin..

Sumber - Tengku Wdec
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli