Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bil Elekrik Tinggi Walau Jarang Guna, 5 Peralatan Ini Jadi Puncanya Jika Anda Lupa Tanggalkan Plug Dari Soket

6 ulasan

Kami pasti ramai yang belum tahu ataupun sudah tahu tapi tak endah bahawa jika anda membiarkan peralatan eletrik dengan yang masih bersambung dengan soket, elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan. Sebab itu kadang-kala anda mungkin tersedar ataupun merungut bil eletrik masih tinggi walaupun anda menggunakan peralatan elektrik secara minimum.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan eletrik yang masih 'menelan' tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plug masih bersambung dengan soket.

Kami sendiri pun terkejut apabila melihat penggunaan tenaga daripada peralatan-peralatan yang biasa ditemui di setiap rumah yang dibazirkan selama ini. Bayangkan untuk tempoh masa yang lama, berapa banyak sudah wang dibazirkan untuk membayar bil yang tidak digunakan.

Lepas ini, anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug peralatan tersebut jika tidak digunakan, tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.

5. Pengecas Telefon

Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh 'hidup' tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan 'melekat' pada soket elektrik di rumah masing-masing.

© rawpixel  

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?

4. Dekorder Televisyen (TV) Digital 

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

© depositphotos 

Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih 'meroket' walaupun anda jarang menonton televisyen.

3. Televisyen

Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv.

© depositphotos  

Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.

2. Komputer

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.

© depositphotos 

Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.

1. Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa.

108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai perlatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah.

© depositphotos

Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.

© depositphotos

Jadilah Pengguna Yang Bijak.

Sumber : Bright Side
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  6. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli