Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Besarnya Parut BCG Kau'', Jawapan Mengapa Suntikkan Vaksin BCG Tinggalkan Parut Pada Lengan Anda

6 ulasan

Seluruh rakyat Malaysia pasti pernah mendengar dan menerima suntikan BCG kan? BCG merupakan singkatan kepada Bacillus Calmette Guerin. Setiap bayi yang baru lahir pasti diberi suntikan ini, jika tiada parut di lengan, anda akan menerima suntikan ini semasa di Darjah Satu di bawah Program Immunisasi Malaysia yang dijalankan kerajaan.

Jadi, BCG tu apa? Penting ke ambil suntikan ini? Satu lagi, kenapa lepas ambil suntikkan ini, kawasan disuntik akan meninggalkan parut? Anda pasti tertanya-tanya kan.

Sebuah page yang dikenali sebagai Root of Science telah menulis secara panjang lebar mengenai sejarah terciptanya vaksin ini selain keperluan untuk kita menerima suntikkan tersebut. Soalan mengapa ianya meninggalkan parut turut juga dijawab dalam penulisan mereka ini. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Beberapa siri artikel mengenai vaksin sebelum ini banyak memperkatakan tentang virus. Tetapi vaksin BCG atau Bacillus Calmette-Guerin ini adalah vaksin bagi melindungi kita dari penyakit tuberkulosis (tibi) yang diakibatkan oleh bakteria – Mycobacterium tuberculosis.

SEJARAH VAKSIN BCG

Vaksin BCG mungkin antara vaksin yang menggunakan tradisi pemvaksinan yang diteraju oleh Edward Jenner pada hujung abad ke-18. Vaksin ini melindungi jangkitan tibi antara 75-50% dan melindungi dari kematian akibat jangkitan sehingga 70%.


Selepas Jean Antoine Villemin meneliti tentang tuberkulosis yang menjangkiti lembu seperti manusia pada tahun 1854. Robert Koch pula menemukan bakteria Mycobacterium bovis yang menyebabkan tibi pada lembu, ia berbeza dengan Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit yang sama pada manusia.

Kejayaan imunisasi smallpox menggunakan virus cowpox yang kurang virulen oleh Edward Jenner mendorong para saintis ketika itu mengaplikasikan teori yang sama terhadap tibi. Mereka menggunakan Mycobacterium bovis pada manusia dalam program imunisasi terhadap tibi.


Malangnya, program ini menemui kegagalan dan tragedi. M. bovis (tibi lembu) sebenarnya sama virulen seperti M. tuberculosis (tibi manusia). Ia juga menjangkiti manusia dan menyebabkan tibi!

Albert Calmette, seorang doktor Perancis dan Camille Guerin, seorang doktor veterinary di Institut Pasteur de Lille berminat melakukan pengkulturan M. bovis dalam media kultur yang berbeza. Tidak dalam sangkaan mereka untuk menemui pemerhatian bahawa bakteria M. bovis yang dikultur dalam media glycerine-bile-potato (campuran glycerin, ekstrak kentang dan ekstrak hempedu lembu) tidak lagi begitu virulen menjangkiti manusia.


Sehingga kini, konsep yang sama digunakan untuk membina vaksin BCG iaitu dari bakteria M. bovis yang kurang virulen dibiak dalam media pengkulturan yang merendahkan lagi tahap virulen mereka. Namun, media pengkulturan yang digunakan untuk mengkultur Mycobacterium kini tidak lagi mengandungi bahan biologikal.

Contohnya media Middlebrook 7H9 yang hanya menggunakan garam mineral (kalium fosfat, magnesium sulfat, ferric ammonium citrate, natrium hidroksida, zink sulfat), pyridoxine (vitamin B6), asid glutamik dan biotin (vitamin B7) atau media Sauton yang mengandungi garam mineral (seperti media Middlebrook 7H9 diatas), asid amino asparagin dan gliserol.

APA ADA DALAM VAKSIN BCG?

Vaksin BCG hanya mengandungi bakteria Mycobacterium bovis hidup yang dilemahkan ia kemudiannya dikering-beku (lyophilised / freeze-dried). Penyediaan ini ditambah monosodium glutamate (MSG) sebagai pengawet.

Pelarut yang terdiri dari air steril yang mengandungi natrium klorida (garam dapur) digunakan untuk suntikan.

MENGAPA VAKSIN BCG MENYEBABKAN LEPUH?


Vaksin BCG adalah menggunakan bakteria hidup yang dilemahkan. Ia disuntik dibawah kulit (intradermal) dan membentuk gelembung kecil berisi cecair vaksin ini. Bakteria hidup dalam vaksin BCG adalah sangat imunogenik untuk mengaruh sistem imun.

Bakteria M. bovis yang disuntik akan menyebabkan kehadiran banyak sel-sel seperti makrofaj ketempat suntikan. Makrofaj akan mengenal bakteria M. bovis sebagai patogen, menelannya dan berusaha mengeluarkannya dari tubuh. Ini akan membentuk jangkitan setempat yang digelar granuloma.

Jangkitan setempat ini akan sembuh dan tidak menyebabkan jangkitan tuberculosis (ia tidak patogenik). Namun, ia menyebabkan fibrosis pada tempat suntikan dan membentuk parut BCG anda!

Sumber : Root of Science
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )

  1. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.COM
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  2. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add pin bb nya D87604A1
    terimakasih ya waktunya ^.^

    BalasPadam
  3. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  5. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  6. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli