Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Berulang Kali Bisik Lailahaillallah'', Kanak-Kanak OKU Diserang Sawan Lebih 30 Kali Dalam Tempoh Seminggu

4 ulasan

''Berkali-kali bisik kalimah Lailahaillallah.''

Itulah yang mampu dilakukan oleh seorang ibu setelah anaknya, Orang Kelainan Upaya (OKU) Cerebral Palsy diserang sawan lebih 30 kali dalam tempoh seminggu sepanjang mereka berteduh di pentas dikir barat selepas rumahnya dinaiki air banjir di Kampung Kubang Keranji, Kelantan.

Ujar ibu kepada anak-anak tersebut, Salihah Harapan Abdullah, 30, keadaan anaknya Natasha Mohd Zulaini, 10, kadang-kadang menjadi lebih teruk apabila mengacip gigi sehingga berdarah.

“Anak saya menghidap penyakit ini sejak umur tujuh bulan selepas terkena jaundis ketika dia masih bayi. Sejak itu perkembangannya jadi lambat, merangkak lambat dan tidak berjalan sebaliknya kerap terkena sawan.

“Ketika banjir pula, saya terpaksa dukung dia dengan mengharung air sedalam setengah meter untuk dibawa ke pentas dikir barat di hadapan rumah kerana air sudah memenuhi rumah,” katanya.

Tambah Salihah, selain Natasha, empat anaknya lagi Mohd Haris, 13, Mohd Nazrin, 9, Mohd Dansh Hakim, 6, dan Ain Hawani, 4, serta kakanya, Hakimah Harapan, 42, seorang ibu tinggal bersama tiga anaknya dan ibu mereka Habsah Ali, 62, turut bermalam di pentas dikir tersebut.

“Tidur malam pula nyamuk, sejuk, tapi kami terpaksa sebab tiada tempat lain lagi, selain saya tak ada kenderaan untuk bawa anak-anak termasuk Natasha ke pusat pemindahan sementara atau mana-mana tempat yang lebih baik.

“Ditambah pula, Natasha tidak boleh berjalan dan sayalah yang akan dukung dia untuk mengelak dia terkena air atau tidur di dalam air ketika rumah kami dipenuhi dengan air jika hujan lebat,” katanya lagi.

Kata Salihah lagi, sebaik sahaja air banjir yang memasuki rumahnya di bahagian ruang tamu kering, dia segera membersihkan kawasan tersebut serta membawa masuk Natasha kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya. Namun, beberapa bahagian lain rumahnya seperti dapur dan bilik masih digenangi air.

“Apabila hujan lebat, air akan bertakung di luar rumah separas lutut, manakala di dapur juga dipenuhi air dan kalau lebat lagi, maka ruang tamu pula akan dipenuhi air.

“Di hadapan rumah ini kedai makan kakak saya, Hakimah pun sama air naik hingga paras lutut dan kami tidak dapat berbuat apa-apa serta perlu terus berniaga dalam keadaan kedai masih ada air,” ujar Salihah.

Dia yang berkerja sebagai pembantu di kedai kakaknya itu menerima upah antara RM 30 hingga RM 40 sehari bergantung kepada hasil jualan dan menggunakan wang tersebut bagi menampung mereka sekeluarga setelah diceraikan suami empat tahun lalu.

“Upah tu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sekolah anak, lebih-lebih lagi anak sulung, Raihani Mohd Zailani, 18, mula sambung pembelajaran di Kolej Komuniti Tanah Merah sejak tiga bulan lalu. Dia pula baru disahkan menghidap lemah jantung pada September lalu dan kerap pengsan.

“Anak-anak yang lain semua bersekolah kecuali Ain Hawani kerana baru empat tahun dan Natasha yang sakit. Semua mereka perlu belanja yang banyak termasuk Natasha yang memerlukan belanja ubat-ubatan, rawatan dan susu,” katanya.

Salihah turut menambah bahawa dia mendapat bantuan sebanyak RM 400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat namun mendakwa masih tidak mencukupi untuk menampug semua perbelanjaan termasuklah membeli susu khas untuk Natasha seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

“Saya tidak dapat keluar cari kerja lain kerana Natasha perlukan sepenuh perhatian. Apabila dia mula terkena sawan, maka seharianlah penyakit sawan itu menyerang menyebabkan saya perlu berada di sampingnya untuk menenangkannya,” katanya lagi.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyumbang kepada akaun bank Salihah Harapan Abdullah 03100-41-00020000-1 (BSN) atau berkunjung ke rumah mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan Long Gafar di Kota Bharu.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam


  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli