Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis'', Pelajar UNIMAP Berusia 23 Tahun Kongsi Pengalaman Jadi Peserta Majlis Khatan

6 ulasan

Kehadiran Zeth Simon, 23, sambil memegang kain pelikat mencuri tumpuan orang  ramai ketika Majlis Khatan Perdana Anjuran Pusat Koreksional Perlis di Dewan Serbaguna Pusat Koreksional Perlis berlangsung.

“Berdebar juga bila lihat kanak-kanak sebelum saya keluar dari bilik operasi khatan dalam keadaan menangis teresak-esak,'' kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang berasal dari Kota Belud Sabah itu.

Program sehari itu adalah anjuran bersama antara Pusat Koreksional Perlis, Pejabat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping dan Jabatan Kesihatan Negeri membabitkan  24 peserta dan Zeth muncul sebagai peserta dewasa tunggal.

Zeth yang juga penuntut akhir jurusan kejuruteraan industri ketika mengulas keputusan tersebut memberitahu ia menyedari bahawa berkhatan memberikan kebaikkan dari segi kebersihan dan kesihatan kepada seseorang lelaki.

"Saya mengetahui program khatan ini daripada rakan muslim di universiti yang beritahu bahawa mereka terlihat iklan majlis berkenaan di media sosial bulan lalu.

"Merekalah yang banyak membantu dari segi mendapatkan borang di pejabat DUN, malah mengingatkan ia perlu dihantar sebelum 30 November lalu.

"Masa yang diambil untuk siap berkhatan saya anggarkan dalam 10 ke 20 minit, namun apa yang membuat saya lebih bersyukur ialah ketika proses itu dijalankan saya tidak berasa sakit sedikit pun.

"Cuma saya perlu berpantang dari mengambil makanan berminyak, telur dan beberapa makanan lain bagi mengelakkan sebarang jangkitan dalam seminggu dua ini.

"Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan saya harap cepat sembuh sebelum hujung bulan ini memandangkan musim peperiksaan akhir semester di UniMAP bermula seminggu sebelum akhir tahun," katanya lagi.

Pengarah Jabatan Penjara Negeri Perlis, Mat Johir Asin @ Hashim dalam pada itu berkata pihaknya bersyukur kerana program khatan edisi pertama itu berjalan lancar.

"Program berkhatan ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Penjara negeri dan untuk edisi kali pertama ini kita menghimpunkan 23 kanak-kanak lima ke 10 tahun dari DUN Chuping dan sebahagian daripadanya anak kakitangan Pusat Koreksional Perlis. Malah kita juga menerima seorang peserta dewasa iaitu Zeth Simon," katanya.


Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli