Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Warna Lebih Cerah Dari Daging Lembu, Urat-Urat Daging Juga Berlainan" - Suri Rumah Kongsi Cerita Terbeli Daging Babi Di Pasar Selayang

3 ulasan

Niat seorang suri rumah hendak memasak asam pedas terbatal apabila daging beku yang dibelinya adalah 'daging babi'.

Pada mulanya, beliau berasa was-was terhadap daging tersebut lalu membuat semakan di laman Google dan mendapati warna 'daging babi' adalah seperti itu.

Menurut Mazliana Abdul Manap, suaminya membeli daging tersebut di pasar Selayang.



"Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging menu hari ni. Tapi tengok warna daging tu lain. Timbul syak yang itu daging khinzir.," tulisnya dalam laman Facebooknya.

"Hati dah mula was-was. Buat semakan di laman Google dan ia sememangnya warna daging khinzir seperti itu."

Jelasnya, daging itu telah dibeli oleh suaminya, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini, mereka pernah membeli daging di situ tetapi tidak mengalami masalah ini.


"Warna daging itu lebih cerah dari warna daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packing itu. Tetapi dia dah dipotong di kedai. Urat-urat daging pon lain."

"Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa," jelasnya ketika membalas persoalan rakan Facebooknya.

Bagi mendapat kepastian lebih, beliau telah bertanya kepada jirannya berbangsa Cina, yang memaklumkan daging tersebut sememangnya 'daging babi'.


Rata-rata rakan Facebooknya menyarankan agar beliau membuat laporan kepada pihak berwajib berkenaan perkara tersebut bagi mengelakkan pengguna lain turut terkena.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli daging sejuk beku.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari bergabung dengan saya di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli