Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rampas Telefon Anak Ketagih Gajet, Remaja Perempuan Sanggup 'Kung Fu' Ayahnya Sendiri Di Depan Orang Ramai


Seorang remaja perempuan bertindak di luar batas apabila sanggup menendang ayahnya sendiri di depan orang ramai hanya kerana sebuah telefon bimbit.

Xiao Min, 15, bertindak sedemikian setelah ayahnya merampas telefon bimbit miliknya kerana mendakwa Xiao Min ketagih dengan gajet tersebut.

Setelah telefon bimbitnya dirampas, Xiao Min mula berang selain tidak mahu pulang ke rumah. Dia kemudiannya menolak ibunya sendiri sebelum bertindak menendang ayahnya di hadapan orang ramai di tempat awam.


Beberapa keping gambar dan satu rakaman video tersebar di media sosial yang menunjukkan Xiao Ming bertindak biadap terhadap ayahnya sendiri selain turut merakam cubaan orang ramai untuk meleraikan persengketaan tersebut. Dalam video tersebut, Xiao Min dilihat menendang ayahnya sekurang-kurangnya lima kali.

Menurut laporan media, situasi tegang tersebut berlarutan selama 30 minit di sebuah jalan di Fushan, China dalam kejadian yang berlaku awal November ini.

Xiao Min mengamuk kerana telefon bimbitnya telah dirampas oleh orang tuanya selaian turut dihalang untuk mengunjungi kafe siber bersama lelaki.


Ayah mendakwa Xiao Min berubah dan suka memberontak selain enggan pulang ke rumah semenjak dia mula ketagih dengan penggunaan telefon bimbit.

Dia turut menambah bahawa anaknya itu tidak lagi bersekolah kerana keluarganya menghadapi masalah kewangan.

Polis yang tiba kemudian berjaya meleraikan pertengkaran tersebut. Xiao Min akhirnya bersetuju untuk pulang ke rumah namun enggan berkomunikasi dengan kedua-dua orang tuanya lagi.


Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli