Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Polis Scotland Benar Anggota Wanitanya Berhijab Dan Umum Hijab Sebagai Uniform Rasmi


Polis Scotland baru-baru ini mengumumkan polisi baharu apabila membenarkan pemakaian hijab sebagai salah satu pakaian seragam rasmi dalam usaha badan penguatkuasa tersebut mempelbagaikan keanggotaan pasukannya.

Jabatan tersebut berharap perubahan yang dilakukan akan menggalakkan Muslimah dalam komuniti Islam untuk menimbang semula pandangan mereka yang sebelum ini mungkin tidak menjadikan dunia kepolisian sebagai salah satu pilihan kerjaya.

Sebelum ini, anggota polis Muslimah yang berkhidmat dengan Polis Scotland dibenarkan untuk memakai hijab sekiranya mendapat kebenaran daripada pegawai atasan mereka.

Pada tahun 2001, Polis Metropolitan juga turut memperkenalkan polisi yang menjadikan pemakaian hijab sebagai salah satu pilihan pakaian seragam unit tersebut atas alasan yang sama.

''Saya amat gembira untuk membuat pengumuman ini dan mengalu-alukan sokongan kedua - dua pihak, komuniti Muslim dan seluruh komuniti yang lain, begitu juga anggota-angota dan pegawai-pegawai polis'', kata Ketua Konstabel Phil Gormley.

''Seperti majikan lain, terutamanya dalam perkhidmatan awam, kami berusha untuk memastikan bahawa perkhidmatan kami mewakili komuniti yang diberi khidmat. Saya berharap penambahan dalam pilihan pakaian seragam ini akan menjadikan pasukan ini mempunyai keanggotaan yang pelbagai serta memberi kebaikkan daripada segi kemahiran, pengalaman dan kualiti individu dalam menjaga komuniti Scotland'', katanya lagi.


Pengumuman yang dibuat itu disambut baik oleh Persatuan Muslim Polis Scotland (SPMA), sebuah kumpulan yang berusaha mewujudkan hubungan baik antara komuniti Islam di Scotland dengan polis.

''Ini adalah satu langkah positif dan saya amat gembira dengan keputusan yang diambil oleh Polis Scotland dalam usaha untuk memastikan organisasi kami dilihat terbuka dan mencerminkan kepelbagai komuniti yang wujud di Scotland.

''Tidak ragu-ragu lagi bahawa langkah ini akan menggalakkan Muslimah dalam komuniti Islam dan etnik yang berlatarbelakangkan minoriti untuk menyertai pasukan Polis Scotland'', kata Pengerusi SPMA, Fahad Bashir.


Keputusan untuk mempelbagaikan keanggotaan oleh Polis Scotland itu dibuat selepas Pihak Berkuasa Scotland mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa hanya 127 orang (2.6 peratus) daripada keseluruhan 4809 orang pemohon yang memohon untuk menyertai pasukan itu datang daripada etnik yang mempunyai latar belakang minoriti.

''Jika organisasi menyasarkan sebanyak 4 peratus komuniti kulit hitam dan etnik latar belakang minoriti (BME) berkhidmat dengan pasukan tersebut, mereka memerlukan tambahan sebanyak 650 orang rekrut BME lagi untuk kesemua jabatan.

''Mengambil kira trend permohonan terkini, sasaran tersebut kelihatan sukar untuk dipenuhi'', kata laporan itu lagi.



Sumber : The Independent UK

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli