Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Jururawat Dari Neraka', Bunuh Lebih 100 Orang Pesakit Di Hospital Berbeza Tanpa Disedari Rakan Sekerja


Seorang jururawat lelaki, Niels Hoelgel, 41,  yang sudah pun menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah dua pembunuhan  dipercayai telah membunuh lebih daripada 100 pesakit dalam beberapa tahun di dua buah hospital di barat laut Jerman, menurut seorang Pendakwaraya, Khamis lalu.

Pesakit yang menjadi mangsa pembunuhan jururawat tersebut mungkin lebih tinggi namun tidak dapat dibuktikan kerana sebahagian mayat pesakit telah pun di bakar. Jika disabitkan kesalahan, Hoelgel boleh dianggap sebagai pembunuh bersiri paling kejam Pasca-Perangan Dunia Ke-2.

Menurut Pendakwaraya dan Polis Oldenburg, para penyiasat telah pun berjaya melengkapkan pemeriksaan toksikologikal terhadap pesakait-pesakait yang meninggal sewaktu Hoelgel berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Oldenburg dan Delmenhorst. Mereka turut menemui 16 lagi kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Hoelgel.

Pada penghujung Ogos lalu, para penyiasat sudah pun berjaya menentukan bahawa Hoelgel mungkin telah membunuh 84 orang pesakit sepanjang tempoh khidmatnya. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, pasukan penyiasat memberitahu bahawa mereka masih lagi menunggu keputusan toksikologikal untuk 41 lagi kes kematian pesakit.

Pasukan Pendakwaraya turut memberitahu mereka akan menfailkan hukuman tambahan untuk hukuman sedia ada ke atas Hoelgel menjelang awal tahun hadapan. Penambahan hukuman tersebut bakal mempengaruhi parol yang mungkin diberikan kepadanya, namun di Jerman tiada undang-undang yang membolehkan hukuman lanjutan diberikan.

Pada tahun 2015, Hoelgel disabitkan dengan dua kes jenayah pembunuhan dan dua lagi kes cubaan membunuh di Hospital Delmenhorst yang kemudiannya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Semasa dalam pembicaraan, Hoelgel mengaku dia dengan sengaja mengakibatkan 90 orang pesakitnya di Hospital Delmenhorst mengalami serangan jantung dengan cara memberi suntikan ubat sakit jantung dengan dos yang boleh mambawa maut.

Dos yang berlebihan itu membolehkan jantung pesakit berhenti berfungsi supaya dia dapat menghidupkan mereka kembali dan menikmati perasaan bertindak sebagai wira kepada pesakit.  Dia kemudian memberitahu kepada pasukan penyiasat bahawa dia turut membunuh pesakit di Hospital Oldenburg.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai jururawat diantara tahun 1999 hingga tahun 2005, Hoelgel disyaki terlibat di dalam 38 kes pembunuhan di Hospital Oldenburg dan 62 kes pembunuhan di Hospital Delmenhorst. Namun menurut Pendakwaraya, lima lagi kes pembunuhan masih dalam siasatan dan tidak dapat dipastikan bila kes tersebut akan disahkan.

Sebagai sebahagian daripada siasatan secara besar-besaran yang melibatkan kedua-dua buah hospital, pihak polis dan Pendakwaraya telah memeriksa lebih daripada 500 fail pesakit dan beratus-ratus lagi rekod yang disimpan dihospital. Mereka turut menggali semula 134 mayat pesakit daripada 67 tapak perkuburan serta menyoal siasat Hoelgel sebanyak 6 kali.

Polis turut memberitahu perbuatan zalim Hoelgel mungkin boleh dihentikan lebih awal jika Pegawai Kesihatan di kedua-dua hospital tidak ragu-ragu membuat laporan terhadap polis dengan kematian-kematian pesakit tersebut. Kegiatan jenayah Hoelgel hanya terbongkar selepas seorang jururawat lain mendapati bahawa pesakit jantung yang stabil meninggal dunia semenjak kehadiran Hoelgel di hospital itu.

Pihak polis kini turut menyiasat kemungkinan kes-kes jenayah lain yang melibatkan staf-staf di kedua-dua buah hospital tersebut.


Sumber : FOX News , Astro Awani

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli