Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ingatkan Bagi Sayur, Rupanya Tuang Arak Dalam Mulut Rusa, Ketawa Lihat Rusa Larikan Diri


Polis Republik Indonesia sedang menyiasat mengenai satu rakaman yang menunjukkan tindakan dua pengunjung Taman Safari Indonesia di Cisarua di Bogor yang menuang arak ke mulut seekor rusa..

Dalam video yang tular tersebut, kelihatan satu pasangan pengunjung yang menaiki kereta menuangkan sebotol arak ke dalam beberapa mulut rusa yang ada di safari itu.

Pada awalnya, pasangan itu kelihatan memberhentikan kenderaan untuk memberi haiwan tersebut makanan sayuran.

Kemudian, salah seorang daripada pengunjung tersebut mengeluarkan botol berisi cecair bewarna ungu dan menuang ke dalam mulut rusa berkenaan.

Rusa itu kemudian melarikan sejurus sahaja meminum cecair berkenaan dan diketawakan oleh pasangan tersebut.

Rakaman video tersebut kemudian dimuat naik ke akaun Instagram di bawah nama @alyccaaa dan @philipbiondi lalu mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di negara jiran itu.

Ita Puspitalena, jurucakap Polis Bogor berkata, pihaknya kini sedang memantau perkembangan video berkenaan semenjak ia mula tersebar lagi.

“Ketika ini kami masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan daripada pihak safari sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Hai #Bogorian ! MOHON JANGAN DITIRU YAH! Ini info dari @doniherdaru, kejadian di @taman_safari ! Story ini dari @alyccaaa dan @philipbiondi yang terlihat beberapa jam yang lalu. Sepertinya mereka ke Taman Safari dan melakukan hal yang sangat tidak pantas. Di video pertama, mereka seolah hendak memberikan wortel ke rusa/kijang, namun ternyata malah memasukkan minuman (yang kami duga keras) miras, seperti yang terlihat botolnya di video kedua. Di video kedua, mereka menyemprotkan miras tersebut ke mulut kuda nil. Dua perilaku ini, sangat mungkin dijadikan pembelajaran keras buat mereka. Mereka bersenang-senang dengan melakukan hal yang sangat tidak patut dan dapat diancam pidana. Kalian mau keliatan keren? Silakan. Tapi tidak usah melanggar peraturan seperti ini. Tindakan kaya gini gak bikin kalian jadi keren, atau lucu. Tolong ditindak tegas ! #infobogor #stopbegok #alaymaximal #welovebogor @jokowi @bogor.kabupaten @pemkotbogor @wwf_id @kemenpar @kemendikbud @balizoo @balisafari @tamansafariprigen @jakartaaquarium @royalsafari_bgr @ndorobeii
A post shared by BOGOR (@infobogor) on

Sumber : TribunnewsBogor.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli