Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Jerebu Tebal Beracun Selubungi New Delhi, Puluhan Buah Kenderaan Bertembung Antara Satu Sama Lain Di Jalan Raya


Jerebu tebal kini sedang menyerang ibu negara India, iaitu New Delhi dimana jerebu tersebut dilaporkan mengandungi toksik melebihi had yang sepatutnya.

Pihak berkuasa negara berkenaan sedang berusaha mencari jalan untuk menangani krisis kesihatan yang sudah masuk minggu kedua.

Menurut kiraan Kedutaan Amerika Syarikat, paras partikel beracun, bacaan PM2.5 atau Indeks Pencemaran Udara sudah mencecah 498 menjelang tengah hari ini dibandingkan dengan had kualiti udara baik adalah pada bacaan 50 seperti yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bacaan IPU yang tinggi itu hampir mencecah bacaan 501 yang dikategorikan sebagai kecemasan yang membolehkan kerajaan melakukan pengisytiharkan perintah berkurung dan Darurat.

Berdasarkan laporan jabatan kajicuaca India, hujan diramalkan akan berlaku dalam masa tiga hari lagi yang akan membantu menghilangkan jerebu.

"Hujan dijanga di negeri sekitar New Delhi dan di bandar raya itu dalam masa tiga hari, dan ini boleh menyebabkan perubahan dalam aliran angin di wilayah itu.

"Jerebu akan mula surut menjelang esok," kata saintis di Jabatan Kaji Cuaca India, Charan Singh.


Penduduk Delhi kini dikatakan terpaksa memakai topeng udara setebal tiga lapis selepas ramai yang telah mengadu sesak nafas dan sakit dada.

Menurut pihak kajicuaca persendirian, Skymet, jerebu padat akan berterusan selama dua hari lagi di New Delhi dan kawasan sekitarnya.

Menurut netizen dari Delhi, kerana jarak pengelihatan yang begitu terhad, telah berlaku begitu banyak kemalangan jalanraya di mana pada petang Rabu lalu berlaku satu kemalangan yang teruk apabila satu persatu kereta melanggar antara satu sama lain selepas belaku kemalangan di tengah jalan.



Dalam pada masa itu, Mahkamah Agung dijangka mendengar petisyen  difailkan peguam New Delhi untuk mengarahkan pihak berkuasa kerajaan menangani pencemaran udara yang tidak boleh diterima itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri New Delhi mengisytiharkan kecemasan kesihatan pada minggu lalu selepas paras pencemaran meningkat.

Fenomena tahunan ini turut menyalahkan pembakaran ladang di negeri di utara, ekzos kenderaan serta debu.













Sumber: Time Of India
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli