Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tolong Tarik Lesen Hotel Yang Larang Muslimah Pakai Tudung - Menteri

4 ulasan

Kerajaan melalui Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen pengusaha hotel jika mereka didapati melarang pekerja Muslimah memakai tudung.

"PBT diarah tarik balik lesen pengusaha hotel tidak benarkan pekerja wanita Islam memakai tudung," kata Noh.

Isu larangan tersebut muncul beberapa hari lalu apabila Majlis Rangkaian Sekerja Antarabangsa (Uni-MLC) membuat pendedahan mengenai perkara tersebut.

Ujar Uni-MLC lagi, larangan yang sama turut dikenakan kepada pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan apabila mereka membuat permohonan untuk menjalani latihan amali.

Namun, larangan tersebut dipertahan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mendakwa bahawa ia sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai prosedur operasi standard (SOP) masing-masing.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun ditempelak oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempersoalkan adakah lebih baik untuk pekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan sesebuah hotel untuk berbogel berbanding memakai tudung.

“Adakah telanjang bogel lebih baik dari kita pakai tudung di kaunter?” katanya lagi.

Noh Omar turut menyanggah larangan tersebut dengan berkata bahawa ia bertentangan dengan perlembagaan negara serta menyalahi hak asasi manusia.

"Sebagai orang Islam, wanita wajib pakai tudung walaupun dia bekerja di rangkaian hotel antarabangsa.

"Kalau di peringkat antarabangsa pun, dia (pengusaha hotel) perlu lebih rasional.

"Mereka memperjuangkan hak kebebasan beragama, berpakaian, bersuara, malah turut perjuangkan hak berkahwin, khususnya dalam kalangan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), takkanlah nak benarkan wanita Islam bertudung tak boleh?

"Saya minta PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen hotel ini, kalau benar aduan ini kita dapati, saya sarankan supaya PBT itu tarik balik lesen yang dikeluarkan," katanya lagi.

Sumber : Malaysia Kini

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli