Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Umum 1000 Tiket Tambahan Dan Akan Bagi Percuma Kepada Penyokong Kedah, Turut Dedah Ada 'Ugutan' Orang Politik


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),YAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan mengumumkan akan menambah 1,000 keping lagi tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu ini.

Baginda menitah FMLLP menambah jumlah tiket baru perlawanan akhir Piala Malaysia itu kerana kesian melihat ribuan penyokong pasukan Kedah yang teraniaya tidak dapat membeli tiket  walaupun beratur dan menunggu sehari lebih awak di depan kuanter.

Ini kerana, pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hanya menjual tidak sampai 10,000 keping tiket dikuanter Stadium Darul Aman kerana mendakwa menerima permohonan daripada 400 rombongan bas menyebabkan ribuan penyokong yang beratur mengamuk tidak dapat tiket.

"Saya akan menghubungi Dato' Haji Hamidin Haji Mohd. Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP untuk bertanyakan sekiranya mempunyai lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar diberikan kepada penyokong Kedah yang tidak mendapat tiket."

"Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini," kata TMJ.
BACA:(Video) Memang Tak Sampai 10,000 Keping Tiket Dijual Stadium Darul Aman, Ini Penjelasan Pihak KFA

Baginda dalam pada itu menempelak Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah kerana tidak tegas terhadap orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing.

"Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak. Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain. Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu 'divide and conquer'."

"Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak. Mereka banyak duit dan bukan sahaja berkawan dengan wartawan, tetapi mereka juga menggunakan saluran 'cybertroopers' dalam media sosial untuk memecahbelahkan rakyat," tegas baginda.

BACA: TMJ Kecewa, Dakwa 6,000 Keping Tiket Final Ditempah 'Orang Dalam' KFA



Selain memberikan berita gembira buat penyokong Kedah itu dengan tambahan tiket dan diberi percuma itu, baginda turut membuat beberapa pendedahan yang amat mengejutkan di mana Tungku Ismail menyifatkan semua penyokong bola sepak tanah air perlu tahu.

"Baru-baru ini, ada seorang exco persatuan dan orang dalam persatuan yang menjaga satu 'group chat' di mana dalam kumpulan tersebut terdapat beberapa orang dalam media, personaliti sukan termasuk beberapa exco FAM sekali."

 "Mereka ini bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun menguruskan persatuan atau kelab yang maju. Sedangkan semua tiada pencapaian dan hanya pandai bercakap dan setiap hari mengumpat."

"Orang seperti ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi. Kalau mereka pandai sangat, saya ingin menjemput orang-orang ini semua untuk menguruskan bola sepak tanah air. Sesetengah individu-individu ini pernah berjalan bersebelahan saya."

"Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan saya, dia adalah segala-galanya. Sedih ia sebenarnya tidak sama sekali. Saya akan dedahkan nama-nama ini ketika sesi perjumpaan Presiden FAM bersama penyokong di Kuala Lumpur nanti," jelas TMJ lagi.

Satu lagi pendedahan yang agak menyedihkan adalah masalah politik di bawa dalam sukan, mana tidaknya, baginda mendakwa FMLLP telah menerima ugutan daripada exco Kedah, Dato Aminuddin yang tidak akan menghadiri perlawanan tersebut jikalau saudara Radhi hadir pada malam itu.

Menurut TMJ, ugutan itu dibuat hanyalah kerana perbezaan politik kerana lagenda bola sepak Kedah itu adalah penyokong PAS.

"Saya tidak kisah anda sokong PAS atau UMNO, kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik. Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia," tegas baginda.

Pihak FMLLP sebelum ini telah mencadangkan nama saudara Radhi Mat Din untuk dijemput ke perlawanan akhir itu kerana beliau merupakan seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah yang juga pemenang Piala Malaysia sebelum ini.

Menurut TMJ lagi, individu-individu yang sama juga merupakan dalang yang menyuruh FAM menanggung sendiri kos jika mahu mengadakan mesyuarat exco FAM di Kedah.

"Ia seolah-olah tidak bersetuju untuk FAM ke Kedah dan memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan penyokong bola sepak di Kedah yang saya hormati. Sedangkan sebelum ini, mesyuarat exco yang diadakan di Sabah dan Terengganu, Sabah membayar semua kos dan begitu juga dengan Terengganu turut menanggung kos tersebut kerana ini adalah satu kerjasama dimana bola sepak adalah hak milik rakyat dan kami bersama-semua negeri bergabung untuk membangunkan bola sepak tanah air."

"Orang yang ada sikap kepentingan peribadi atau agenda politik tidak patut berada dalam bola sepak. " jelas TMJ dalam siri pendedahan itu.

Pendedahan yang terakhir, baginda menyatakan ramai individu dalam FAM tidak senang dengannya kerana baginda yang menandatangani cek dan membuat keputusan berkenaan penaja-penaja.

"Tidak macam dahulu semua orang boleh buat duit. Saya tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan."

"Kalau dahulu, pengacara televisyen yang isterinya kerja dalam FAM pun boleh pergi bercuti menggunakan bajet FAM. Sekarang ini minta maaflah tiada lagi sikap 'cronism'. Ada juga orang di dalam FAM yang menunggu pasukan kebangsaan kalah, lantas menggesa sesetengah media dan portal media sosial untuk menghukum Presiden FAM."

"Ia bertujuan kononnya ingin memberi tekanan kepada saya dan berharap saya meletak jawatan untuk mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam FAM," tulis baginda.

Tunku Ismail yang merupkan Tunku Mahkota Johor itu turut menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah supaya menjaga pertuturan mereka.

"Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang. Jangan lupa parti politik awak dilahirkan dimana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri," nasihat baginda mengakhiri siri pendedahan itu. - Siakapkeli.my

BACA: Tiket Final Piala Malaysia Ada Perlindungan Insuran, Berikut Bagaimana Cara Nak 'Claim' Jika Berlaku Kejadian Tidak Diingini

Sumber: FAM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli