Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Maut, Lori Bertembung Dengan Sebuah Treler

3 ulasan

SEGAMAT: Sebuah lori bertembung dengan sebuah treler menyebabkan tiga maut dan dua cedera di Jalan Pulapol (Jalan Pintasan Segamat), di sini, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan pemandu lori, Rahmani Warni, 58, bersama dua penumpang iaitu Amir Hassan, 30 dan Eriman Yaatim meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Manakala pemandu treler, M Abimanan, 27 dan penumpangnya, S Rajeswary, hanya cedera ringan.


Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila lori berkenaan yang dari arah Batu Anam ke Bandar Segamat hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Pemandu treler cuba mengelak ke bahagian kanan jalan, namun tidak berhasil .

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan selekoh dengan lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar.

"Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan berat terbabit remuk," katanya.

Jelas Raub, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasa, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Segamat untuk pemeriksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari bergabung ngan saye di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli