Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tiba-Tiba Saya Rasa Pening, Rasa Macam Sedang Berjalan Di Dalam Air,'' Lelaki Kongsi Jadi Mangsa Pukau Di KLIA2

4 ulasan

Kejadian pukau memukau ini kerap berlaku disekeliling kita. Perkara seperti ini bukan baru lagi. Rata-rata mangsa tidak dapat mengingati apa yang terjadi. Terdapat beberapa kaedah pukau yang biasa digunakan seperti, menyentuh tubuh, bercakap, memberi salam atau memberi sesuatu.

Kebiasaannya pemukau ini akan mencari mangsa yang bersendirian. Mereka juga akan cuba mendekati mangsa dan membawa ke tempat yang sunyi agar memudahkan kerja mereka. Mereka akan meninggalkan mangsa dalam keadaan kekeliruan.

Hampir semua mangsa tidak berjaya melepaskan diri apabila sudah dipukau. Namun berlainan dengan perkongsian Harry Lautner, kejadian yang menimpanya berlaku pada ketika dia sedang berjalan bersendirian disekitar KLIA.


Astagfirullahalazim .... saya hampir di pukau di KLIA2, jam 6.30 pm tadi, berhadapan KFC berhampiran pintu masuk ke Departure Hall .

Sehingga detik ini saya masih mengigil dan saya perlu hebahkan hal ini untuk berkongsi.

6.30 pm saya sedang berjalan menuju departure entrance, betul-betul depan KFC, tiba-tiba lengan saya sebelah kanan di sentuh orang dengan agak kuat, dan ianya seorang lelaki agak berumur, details:

1. Lelaki dalam tinggi 5 kaki setengah

2. Umur lingkungan 50-an

3. Seorang dan menarik Bag

4. Pakai baju t-shirt dan blazer

5. Loghat Indonesia / sarawak

Selepas pegang lengan saya, saya terus pandang dia dan dia terus cakap.

“Pak cik nak tunggu kawan, kami nk ke Sabah."

Dan Serta Merta saya rasa pening, rasa macam blur dan saya rasa seperti berjalan dalam air, langkah semakin perlahan. Saya dapat rasa this is very wrong (rasa mcm kena bius masa nak buat operation perut dulu, rasa sejuk, rasa mcm tak dengar suara org lain, cuma dengar suara dia aja )




Anak haram tu terus cakap, mari kita berbual kat tepi sana, saya dapat rasa yang saya ikut dia sampai betul-betul pintu nak masuk departure entrance.

Saya paksa diri saya dan fokus dan keep telling myself this is wrong this wrong this wrong . Saya terus lupa Al-Fatihah, lupa ayatul Kursi.

Saya cuma paksa diri stay focus dan beristigfar dan tarik nafas dalam-dalam sebanyak mungkin.
Saya pandang muka orang tua tu betul-betul tepat pada mata dia dan bercakap dalam hati “Aku tahu apa yang kau buat dan cuma mampu sebut allahukakbar."

Dan saya dapat rasa saya mcm terlerai dari sarang labah-labah.

Saya terus lari ke tempat printing (ada kedai printing), saya masuk kat situ dan terus saya mengigil dan rasa nak jatuh. Staff di kedai printing tu terus suruh saya duduk dan bertenang, saya cakap apa yang terjadi, budak tu cakap abang kena pukau, check barang-barang abang.

Saya check dan Alhamdulilah, Allah maha besar melindungi saya dari musibah.

Saya nak buat report tapi saya boarding jam 7.10 pm dan kesuntukan masa. Saya terus berhenti dekat seorang polis wanita dan menceritakan kepada beliau. Beliau mengambil sedikit details ringkas.


PESANAN SAYA :
Sekiranya anda travel seorang di airport hati-hati, saya rasa mereka ni akan attack orang yang single traveller. Saya tak henti-henti bersyukur kerana terlepas dari musibah itu. Syukur kerana saya mampu fokus dan kuat.


Sumber - Harry Lautner
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli