Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Sebarang Permohonan Dibuat Oleh Fattah Amin Atau Fazura Untuk Bernikah - Pejabat Agama


Masih menjadi tanda tanya status hubungan pelakon dan penyanyi Fattah Amin dan Nur Fazura yang didakwa bakal bernikah di Makkah dalam masa terdekat.

Namun, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan tidak ada menerima sebarang maklumat tentang pernikahan berkenaan yang kononnya sudah berlangsung pada malam selasa lalu.

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon dan penyanyi tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan.

"Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama," kata jurucakap tersebut.

Bagimanapun, sesuatu pernikahan boleh dilakukan tanpa mendapat pemohonan pejabat agama daerah

Tetapi kebiasaannya dilakukan secara tertutup seperti kes tangkap khalwat.

"Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling)," tambahnya.

Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34, mengejutkan dunia hiburan dengan berita kononnya bernikah dalam diam yang mana majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat mereka sahaja.


Terdahulu, satu majlis telah berlangsung di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya pada malam Selasa lalu namun tidak dipastikan sama ada ia majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran untuk mereka mengerjakan umrah.

Pada pagi Rabu Fattah dan Fazura berlepas menunaikan Umrah di Makkah bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, pasangan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini selepas pulang mengerjakan umrah.


Sumber - mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli