Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terpaksa Bersihkan Bungkusan Najis Warga Asing Serta Membuat Berbelas Aduan Tapi Tiada Tindakan

2 ulasan

'Umpama mencurah air ke daun keladi', itulah yang dirasakan apabila aduan yang dibuat mengenai lambakan pendatang asing di kawasan pangsapuri kediamannya di Bandar Baru Bangi, kepada berkuasa di Selangor namun tiada tindak balas.

Menurut penduduk pangsapuri terbabit Azwan Ahmad, 46, bersama sumber meninjau di sekitar Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4 di sini membabitkan 13 blok yang didakwanya pasti ada unit di setiap blok disewa warga asing.

Jelasnya, dia sudah menetap di situ selama 20 tahun berkata, aduan mengenai lambakan warga asing itu termasuk menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan sejak Mac tahun lalu.

“Sudah belasan aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selain kepada pihak imigresen namun bagai mencurah air ke daun keladi...tak jadi apa-apa pun.

"Mereka keluar di hujung minggu dan mengikut kenderaan mewah seperti Mercedes Benz, Toyota Alphad dan kereta-kereta mewah yang lain.

“Segelintir mereka membawa budaya negatif termasuk kumpulan lelaki minum arak secara terang-terangan selain wanita warga asing yang diangkut lelaki hidung belang setiap malam minggu di hadapan asrama pekerja kilang kawasan ini.

“Keadaan sebegini menimbulkan suasana tidak selesa bukan saja untuk anak saya malah masyarakat setempat. Mereka tidak menghormati kerukunan hidup masyarakat kita,” katanya.


Dia dan isterinya pernah terpaksa membersihkan bungkusan najis dilemparkan oleh segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab di asrama berkenaan.

Tambahnya, ramai warga asing tinggal di kawasan berkenaan termasuk dari Vietnam, Pakistan, Indonesia dan Myanmar.

Ketika tinjauan dilakukan Azwan menghubungi JIM untuk mengetahui status aduannya sebelum ini mengenai 300 unit rumah diduduki warga asing di 13 blok Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4.


Namun apa yang menyedihkan tindak balas kakitangan unit aduan imigresen itu agak mengecewakan apabila berdolak-dalik termasuk perbualan seringkali dihentikan dengan Azwan terpaksa mendengar nada bunyi lagu automatik talian itu.

Perbualan itu disaksikan sumber serta dirakam, tapi apa yang lebih menjengkelkan apabila tamat saja perbualan serta  mengambil butiran Azwan, pihak yang mengambil aduan itu bersembang dengan pegawai lain tanpa menyedari Azwan belum mematikan talian.

Apa yang dapat didengari, pegawai yang mengambil aduan itu dinasihatkan pegawai lain supaya menjaga imej serta tidak marah ketika menerima sebarang aduan dan kerap menghentikan perbualan dengan mesej nada bunyi lagu automatik talian.




Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli