Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol, Mangsa 16 tahun Lakukan Seks Atas Kerelaan

5 ulasan

Alor Setar: Seorang  pekerja kilang terselamat dari hukuman penjara 60 tahun dan sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasannya daripada tiga tuduhan memperkosa seorang gadis, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar menolak rayuan berkenaan, sekali gus mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen M Vijayalakshmi pada 22 November tahun lalu.

Mohd Zunizam Othman, 31, dibebaskan oleh Vijayalakshmi tanpa dipanggil membela diri pada akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, Mohd Sunizam ditangkap atas dakwaan merogol mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan ketika kejadian di Kampung Paya Terendam, Sik pada 26 Jun, 14 Julai dan 14 Oktober 2012, jam 4 petang.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zubaidah Ahmad memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi keran tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Teruduh diwakili S Param.

Ketika membacakan keputusannya, Abu Bakar berkata, mahkamah meneliti semua rekod rayuan dan penghujahan bertulis kedua-dua pihak dan bersetuju dengan penemuan fakta oleh mahkamah bicara mengenai keterangan mangsa yang juga saksi pendakwaan kedua (SP2) yang bercanggah berkaitan tarikh kejadian bagi ketiga-tiga tuduhan.

“Mahkamah berpendapat SP2 tidak pasti dan sering berubah-ubah berkaitan tarikh kejadian. Pendakwaan perlu membuktikan pada tarikh kejadian pertama dan kedua SP2 berusia bawah 16 tahun.

“Walaupun dikemukakan rakaman video, ia tidak membantu kerana SP2 sendiri tidak pasti berkaitan kejadian yang mana.

“Timbalan pendakwa raya juga tidak memanggil ahli forensik yang membuat analisis bagi menentukan tarikh rakaman melalui telefon bimbit,” katanya.

Menurut beliau, mahkamah bersetuju dengan mahkamah bicara bahawa keterangan SP2 meragukan untuk diterima sebagai keterangan.

“Keraguan berkaitan tarikh kejadian memihak kepada perayu. Perhubungan seks dilakukan selepas SP2 mencapai usia 16 tahun dan ia secara kerelaan.

“Mahkamah menolak rayuan perayu, perintah mahkamah bicara melepas dan membebaskan responden daripada semua tuduhan disahkan,” ujarnya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

  5. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.COM
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli