Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tak Sampai Hujung Bulan Gaji Dah Habis'', Tips Mudah Untuk Anda Semak Kemana Gaji Anda 'Bocor'


Bagi orang yang bekerja makan gaji, sebelum tiba waktunya gaji dikreditkan ke dalam akaun masing-masing, dah macam-macam komitmen yang perlu kita selesaikan bermain di fikiran. Bil utiliti, ansuran kereta, sewa rumah dan macam-macam lagi. Lagi kusut kalau dah yang berumah tangga, belum sempat guna duit gaji untuk enjoy, tahu-tahu semak baki dan tinggal berapa sen lagi dah. Sedih!

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hanafi Hamin telah berkongsi tips mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mengawal dan merekod perbelanjaan masing-masing. Dengan menggunakan kaedah yang dikongsikannya, kita boleh pantau sendiri kemana gaji kita dibelanjakan. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda dibawah.

CEK KEBOCORAN DUIT GAJI

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah senaraikan semua keperluan dan komitmen anda beserta dengan jumlah RM. Nak divide by week or month itu terpulang pada anda.
.
2. Pecahkan kepada 4 bahagian gaji kita

a-Terpaksa

b- Untung

c- Bocor

d- Sampah.


a- Terpaksa (60%)

Semua jenis keperluan anda, itulah bahagian yang terpaksa anda bayar. Contohnya seperti bulanan rumah, kereta, bil dan lain-lain lagi. Setkan kepada 60% atau kurang dari 60%
.
b - Untung (30%)

Semua berbentuk tabung, simpanan,pelaburan dan perlindungan dikategorikan dalam untung. Betul ke perlindungan dikategorikan sebagai untung? Ok, kita bagi contoh alat pemadam api. kita beli membazir tak rasa-rasa. Mestilah membazir kan. Tapi ianya sangat penting kalau berlaku kebakaran. Macam tu juga dengan insurans perlindungan.
.
c- Bocor (5%)

Bocor ni tak salah cuma kita perlu kawal. Normal lah bocor tu kan. Macam kes ni pastikan bocor jangan melebihi RM250 untuk gaji RM5000. Maknanya kalau kita telah berbelanja RM250, tiba-tiba ada kawan ajak pergi shoping ke, so tak payah la..
.
d- Sampah (5%)

Sampah ni lagi teruk dari bocor. Kalau boleh elakkan terus. Macam kes seorang perokok dan vapor. Pastikan tidak berbelanja melebihi RM250.
.
3. Dari keempat empat perkara utama ni, anda boleh nilai, kemana duit anda bukan? Sebolehnya lebihkan kepada Untung tu.

Nak comey sikit buatlah guna Excel. Ye dak?

Disini, setiap bulan anda sudah tahu berapa baki gaji anda bukan? Jadi ini sekadar contoh sahaja. Anda cubalah untuk diri anda sendiri. Rujuklah gambar untuk lebih faham.


Sumber : Hanafi Hamin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll hanya di F4ns Bett1ng, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli