Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Naik Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan - PDRM

3 ulasan

KANGAR: Sekiranya terdapat pegawai dan anggota mempunyai berat badan yang belebihan, mereka  berdepan dengan kemungkinan tidak akan dipertimbangan kenaikan pangkat.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, setiap anggota dan pegawai perlu melepasi ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan mereka mempunyai berat badan ideal.

Jelas Zulkifli, langkah itu merupakan matlamat untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat menjalankan tugas dengan baik serta memiliki tubuh badan yang cergas.


Beliau ditemui pemberita pada Program Kepolisan Berprofil Tinggi Kayuhan Basikal Cegah Jenayah sempena lawatan rasminya ke Perlis, yang baru tiba dari Pulau Pinang dan Kedah, meninjau banjir di negeri berkenaan.Beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20 kilometer di sini, yang turut disertai Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Menurutnya, program itu selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit' yang diperkenalkan pihaknya tahun lepas, bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik.

Sumber- BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Boleh buat, tp boleh x utamakan kenaikan gaji mereka, mudahkn mereka claim ot, bg elaun yg setimpal dgn tugas yg xtentu masa. Mereka sentiasa utamakan tugas dr kluarga mrka sndiri. Hargai anggota ada, kos sara idup skrg dh tinggi, jgn smpi mereka terdesak dan boleh sbbkn iman dan integriti diowng goyah. Pastikn gaji mrka setimpal dgn tugas yg mereka galas nie. Tanpa mereka dibawah kamu xkn duduk dekat ats tu.

    BalasPadam
  2. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli