Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sungai Golok Melimpah, Rantau Panjang Lumpuh

3 ulasan

Sungai Golok dikatakan terus melimpahi air sejak kelmarin berikutan hujan lebat yang masih berterusan sehingga menyebabkan daerah Rantau Panjang lumpuh sepenuhnya.

Disebabkan bencana itu, hampir keseluruhan aktiviti perniagaan di pekan tersebut terpaksa ditutup akibat ditenggelami air sehingga satu meter.

Bilangan mangsa yang dipindahkan juga semakin meningkat dengan hampir 80 peratus mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pasir Mas adalah penduduk Rantau Panjang.


Pada jam 12 tengah hari ini, daerah Pasir Mas merekodkan mangsa tertinggi dengan 4,211 orang di 36 PPS.

Menurut sumber paras air Sungai Golok pula sudah mencecah 10.61 meter, iaitu kurang 0.23 meter daripada paras tertinggi ketika bencana 2014.

Pada ketika ini, kesemua agensi keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang membantu memindahkan mangsa ke lokasi selamat.


Berdasarkan sumber, JBPM melakukan operasi menyelamat dan rondaan di Rantau Panjang serta Pasir Mas, mendapati lebih banyak kawasan ditenggelami air berbanding semalam.

Terdapat beberapa lokasi sudah tidak boleh dilalui kenderaan ringan dan pemindahan terpaksa dilakukan menggunakan lori tiga tan atau bot.


Menurut penduduk Kampung Siput, Pasir Mas, Nasir Ahmad, 63, berkata, air mula naik di perkampungan itu air pada Isnin dan kini sudah lebih semeter.

"Bagaimanapun kami hanya akan menunggu masa sesuai untuk berpindah. Saya bimbang nak tinggalkan rumah kerana takut dimasuki pencuri," katanya.

Namun, Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood menasihati penduduk supaya tidak menunggu air naik untuk berpindah kerana bimbangkan keselamatan mereka.



"Saya nasihatkan jangan tunggu air naik untuk pindah. Lebih baik berpindah awal daripada menghadapi kesulitan nanti," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim memuji penduduk Rantau Panjang mengambil inisiatif melakukan persiapan lebih awal sebelum berpindah.

"Ini akan lebih menyenangkan urusan memindahkan mereka. Selain itu, kenderaan mula di diletakkan di kawasan tinggi bagi mengelak daripada rosak atau hanyut dibawa arus deras.



"Kebanyakan penduduk sudah mula meninggalkan kediaman mereka apabila air mula naik kerana khuatir akan keselamatan terutama kanak-kanak," katanya.


Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli