Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Shuib Nafi Kena Buang Kerja, Berhenti Untuk Uruskan Bisnes

3 ulasan

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib menafikan desas desus kononnya dia telah 'dibuang' daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagiSinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

Shahmira Muhamad, 33, atau lebih mesra disapa Shuib ini menjelaskan bahawa keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut telah dirancangnya sejak tiga bulan yang lalu.

"Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

"Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu.

"Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan," jelas Shuib yang dipetik daripada laporan mStar Online.

 BACA: Shuib Umum Undur Diri Dari Sepahtu Sinar, Siti Sarah Pula Masuk Hospital


Shuib berkata ddemikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan kononya dia diberhentikan daripada mengendalikan segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Pada Rabu lalu, Shuib mengumumkan tidak lagi mengendalikan segmen bersama Jep dan Rahim kerana perlu memberi fokus kepada perniagaan yang sedang meningkat naik.

Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.

"Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

"Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

"Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru," ujarnya.

Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli