Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Pilu Disebalik Kemalangan Korbankan Dua Anaknya Bulan lalu, Jururawat Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Bertarung Di ICU

2 ulasan

Kisah Pilu Disebalik Kemalangan Korbankan Dua Anaknya Bulan lalu, Jururawat Akhir Meninggal Dunia

Kisah kemalangan yang membabitkan seorang jururawat desa bulan lalu mempunyai cerita yang menyentuh hati selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kampung Keroh, Kuala Krai.

Berikutan kejadian itu, Siti Hajarul Aswad Mat Kar, 35, mengalami cedera parah dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai (HKK).

Pada 30 Oktober lalu, Hajarul telah mula memberi tindak balas yang positif dengan mengerakkan kaki dan tangannya.

Dia yang telah menjalani pembedahan membuang darah beku pada 28 Oktober lalu, dan kemudian menjalani pemasangan besi pada rahang pada bahagian atas dan bawah mulutnya kerana mengalami kecederaan.


Menurut bapa saudaranya, Hajarul telah menjalani dialisis pada 31 Oktober lalu bagi mencuci buah pingangnya yang mengalami kecederaan.

"Ekoran tindak balas yang positif, dia telah dipindahkan daripada ICU (Unit Rawatan Rapi) Trauma ke wad ICU biasa serta tiub yang dipasang di kepala bagi mengeluarkan darah beku telah dicabut pada 2 November lalu."

"Dia juga cuba membuka mata biarpun masih tidak sedarkan diri sepenuhnya. Nampaknya keadaannya semakin positif, cuma baru-baru ini dia mengalami demam bengkak susu," tambahnya.


Namun dalam memberi tindak balas positif, Hajarul telah menghembuskan nafasnya pada jam 3.13 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menurut bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57, semalam lebih kurang 9.15 malam, suaminya Azami Setapa, 39, mendapat panggilan dari pihak HUSM yang memberitahu isterinya mengalami sedikit masalah.

Jenazah Hajarul akan akan disolatkan di masjid besar Tanah Merah selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Pekuburan Banggol Kemunting, Tanah Merah, di mana tempat yang sama bersemadinya jasad kedua-dua anaknya yang turut terlibat kemalangan tempoh hari.

Sejak hari pertama kejadian, Azami telah meluahkan perasaannya kepada bapa saudaranya, yang telah dianggap sebagai bapa sendiri.

Jelasnya, dia akan memastikan anak saudaranya itu menjaga kesihatan dengan baik dan redha dengan ketentuanNya.



Sebelum ini, arwah Hajarul terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 24 Oktober lalu yang mengorbankan dua orang anaknya iaitu Nur Alia Nisrina Mohd Azamin, 12, yang maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Muhamad Azam Tamin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai (HKK).

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa menaiki Perodua Kancil yang dipandu Siti Hajarul Aswad sebelum keretanya bertembung dengan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

Berdasarkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.47 petang sebelum seorang pegawai bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 6.57 petang, kita dapati seorang mangsa tersepit di dalam kereta kancil.

"Bomba berjaya keluarkan mangsa terbabit sebelum dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut," katanya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli