Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sejarah Penggunaan Mata Kail Dan Jenisnya Yang Kaki Pancing Kena Tahu

One Comment

Aktiviti memancing sememangnya antara hobi yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya untuk golongan lelaki. Ada yang menjadikannya sebagai cara untuk bersantai dan melepaskan lelah, ada yang mahu menikmati keterujaan apabila umpan ditarik ikan.

Malah, terdapat pelbagai program yang disiarkan di televisyen bagi memenuhi kehendak dan kepuasan mereka yang digelar sebagai kaki pancing ini. Antara yang popular adalah River Monster dan Wicked Tuna.


Untuk menikmati hobi ini, ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli aksesori memancing seperti 'fishing road' dan 'fishing reel'. Tetapi semua tu takkan berguna kalau tidak ada satu aksesori ini. Tak lain tak bukan, mata kail.

Ya, mata kail. Macam mana kita nak nk dapat ikan kalau tak ada mata kail kan. Boleh guna pelbagai aksesori dari pelbagai jenama yang mahal-mahal harganya, boleh guna pelbagai teknik memancing sama ada yang ringkas ataupun yang lebih sukar. Namun matlamatnya tetap sama, untuk mencangkukkan mulut atau badan ikan pada mata kail dan menewaskan ikan tersebut. Jadi, itulah betapa pentingnya mata kail ini.

Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Manakala penggunaan mata kail tersebut menentukan reka bentuk, saiz dan material mata kail itu sendiri. Ada yang direka khusus untuk penggunaan tertentu, ada juga yang untuk pelbagai guna. Ada yang dibuat untuk mencangkuk umpan hidup, ada juga untuk umpan mati malah ada juga untuk umpan tiruan.

Fasa Penggunaan Mata Kail

Sejarah penggunaan mata kail dalam peradaban manusia mungkin telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Paling awal yang direkodkan adalah penemuan artifak mata kail di Palestin yang berusia sekitar 7000 tahun lampau. Manakala pada tahun 2011, penemuan artifak yang sama oleh ahli arkeologi di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16000 hingga 23000 tahun yang lalu.


Menurut sejarah, pelbagai bahan telah digunakan oleh manusia untuk menghasilkan mata kail. Antaranya adalah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga dan besi. Sekitar 50-an, masyarakat Norway masih menghasilkan mata kail menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan Burbot. Kali pertama mata kail diperbuat daripada keluli telah ditemukan di Eropah sekitar kurun ke - 17, penghasilannya hanya oleh mereka yang pakar sahaja.

Mata Kail Tunggal, Berkembar dan Mata Tiga

Rekaan mata kail biasanya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu mata kail tunggal (satu cangkuk), berkembar (dua cangkuk) dan mata tiga (tiga cangkuk). Jenis berkembar kebiasaannya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta digunakan secara tradisional untuk fly fishing bagi Atlantik Salmon Flies. Begitu juga dengan mata tiga, digunakan untuk kebanyakkan umpan tiruan dan umpan lain, bergantung kepada kesesuaian umpan tersebut.

Mata Tunggal

Mata Kembar

Mata Tiga

Mata Kail Untuk Umpan Pasif dan Nama

Walaupun mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain dari segi rekaan jika diperhatikan secara teliti, namun secara umumnya mata kail untuk umpan pasif adalah jenis mata kail yang biasa kita lihat sebenarnya.


Mempunyai pelbagai nama antaranya Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan pelbagai lagi, ianya direka khas dengan setiap mata kail tersebut mempunyai keupayaan tersendiri yang digunakan ketika situasi memancing yang tertentu.

Mata Kail Fly dan Nama

Untuk jenis ini pula, saiz mata kecil biasanya lebih kecil dan sering disebut sebagai mata kail flies. Datang dengan pelbagai reka bentuk yang bercirikan reka bentuk serangga, ia juga turut mempunyai warna yang lebih menarik, sesetengahnya mempunyai lebih daripada satu warna.


Antara nama mata kail flies yang biasa didengar adalah Viking, Keel, Kendal. Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, dan Model Perfect.

Duri Pandan

Istilah duri pandan atau barb adalah rujukan yang digunakan untuk satu bahagian mata kail iaitu cangkuk seperti duri halus yang ada di bahagian mata kail tersebut.


Duria pandan ini berfungsi untuk mencangkuk bahagian mulut ikan atau badan ikan agar ikan tersebut tidak mudah terlepas daripada mata kail tersebut. Kebanyakkan rekaan mata kail mempunyai duri pandan, walaupun memudahkan ikan untuk ditangkap, namun sebenarnya ia boleh mendatangkan kecederaan pada ikan, terutama bagi mereka yang memancing dengan prinsip tangkap dan lepas.

Sumber : UMPAN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli