Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Memang Berminat Untuk Bimbing Kedah - Mario Gomez

3 ulasan

Juara Piala FA dan Naib Juara Piala Malaysia 2017, Kedah sedang berkira-kira mahu mendapatkan khidamt Mario Gomez, 60, yang juga bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim bagi saingan musim depan.

Pengurusan Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) dipercayai sudah pun menghubungi jurulatih yang berasal dari Argentina itu bagi menyatakan tawaran mereka, dua hari lalu.

Gomez dalam satu kenyataan berkata bahawa dia tidak sabar untuk menikmati semula kehangatan bola sepak Malaysia dan bersetuju dengan tawaran yang dibuat KFA itu.

“Saya sekarang menunggu keputusan daripada Kedah, kami sudah berbincang dua hari lalu dan saya tidak ada masalah dengan tawaran kontrak itu.

“Cuma kami tidak berbincang secara terperinci tapi saya sudah bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,” katanya lagi.

Keputusan untuk mengambil jurulatih baru itu dibuat oleh pengurusan KFA selepas jurulatih semasa Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff secara terbuka menyarankan majikannya itu untuk mencari jurulatih yang lebih berpengalaman bagai menghadapi saingan sengit tahun depan.

Gomez yang sebelum ini berjaya membimbing skuad Harimau Selatan untuk menjulang dua kejuaraan liga 2015 dan 2016, satu trofi Piala AFC 2015 dan Piala FA 2016 menjadi antara salah satu nama yang disebut-sebut bakal mengisi posisi tersebut.

Selain itu, Gomez juga pernah dikaitkan dengan jawatan jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya. Namun kontroversi yang timbul antara dirinya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan kerusi panas tersebut akhirnya diisi oleh jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada.

“Saya memang berminat membimbing Kedah kerana mereka pasukan yang memiliki sejarah tersendiri, sentiasa bersaing merebut kejuaraan dan ada perancangan,” kata Gomez yang turut memberitahu bahawa hanya Kedah sahaja yang mengemukakan tawaran kepadanya setakat ini.

Gomez bagaimanapun menghadapi saingan sengit dengan satu lagi nama yang menjadi sebutan peminat bola sepak negeri utara tanah air itu, Ramon Marcote. Marcote sebelum ini pernah membimbing skuad Helang Merah pada musim 2015.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli