Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ronaldo Dapat Wajah Tampannya 'Semula' Selepas Pengukir Sepanyol Hasilkan Patung Gangsa Baru Bintang Portugal Itu


Peminat bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya dapat menarik nafas lega apabila wajah tampan atlet tersebut benar-benar diukir dengan sempurna pada sebuah patung baharu, sekaligus menamatkan jenaka yang berlegar dalam dunia peminat bola sepak berhubung penghasilan patung 'Dewa Bolasepak' Portugal itu sebelum ini.

Ukiran lama

Patung gangsa terbaru itu didedahkan pada Sabtu lalu di Stadium Bernabue, rumah kepada skuad Real Madrid di Sepanyol. Patung yang kelihatan lebih realistik itu dihasilkan oleh seorang pengukir terkenal berbangsa Sepanyol, Jose Antonio Navarro Arteaga.

"Apa yang saya mahu tampilkan adalah kekuatan dalaman Ronaldo, seperti dia sedang bersedia untuk membuat sepakan percuma atau sepakan sudut," kata Jose.


Jose turut memberitahu bahawa dia membuat keputusan untuk membuat ukiran Ronaldo setelah didesak oleh anaknya yang tidak meminati ukiran lama.

Ronaldo yang tidak berpeluang untuk hadir ketika hari pada majlis tersebut bagaimanapun berjanji untuk hadir pada hari lain bagi menyaksikan sendiri patung barunya itu.

Antara ciri-ciri ukiran tersebut yang dikatakan menyamai wajah sebenar Ronaldo adalah ukiran pada bahagian mata, kening, bibir, rambut serta beberapa kemasan yang lain lagi.


Percubaan pertama kali untuk mengukir wajah Ronaldo dibuat oleh seorang pengukir berbangsa Portugis, Emanuel Santos sebagai kenangan selepas sebuah lapangan terbang di Portugal dinamakan semula sempena nama bekas pemain Manchester United tersebut.

Patung 'jelik' tersebut yang masih ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Cristiano Ronaldo menerima kritikan peminat-peminatnya apabila mendakwa ukiran pada bahagian mata, pipi dan kening langsung tidak menggambarkan wajah sebenar Ronaldo.

Malah, ia dengan pantas menjadi sensasi bola sepak dan diangkat sebagai subjek jenaka bagi mereka yang tidak meminatinya. Sebahagian netizen mendakwa bahawa ukiran tersebut lebih menyerupai atlet lain iaitu Niall Quinn, bekas pemain Sunderland. Malah, ada juga yang menyamakan ukiran tersebut dengan watak Sloth dalam sebuah filem seram bertajuk ''The Goonies''.




Peminat Ronaldo menyambut baik ukiran terbaru wajah pemain kesayngan mereka.





Sumber : CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. muka baru kalu tgk betul ara iras beckham laa pulak

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli