Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Redah Ribuan Kilometer Rentas Padang Pasir Gersang Demi Tubuhkan 'Negara' Sendiri, Alukan Orang Ramai Mohon Kerakyatan

2 ulasan

Seorang pengembara berasal dari India mengisytiharkan dirinya sebagai raja sebuah tanah yang tidak bertuan terletak di Afrika Utara dan menggalakkan orang ramai memohon kewarganegaraan jika berminat untuk menjadi rakyatnya.

Suyash Dixit mengharungi pengembaraan beratus-ratus batu untuk menujut ke Bir Tawil, kawasan berkeluasan 2072 kilometer persegi yang tidak berpenghuni terletak diantara Mesir dan Sudan. Kedua-dua negara tersebut tidak pernah menuntut kawasan itu menjadi milik mereka.


Bir Tawil menjadi satu-satunya kawasan yang boleh dihuni yang bukan sebahagian daripada mana-mana negara. Kewujudan Bir Tawil adalah akibat kesilapan British ketika membuat pengukuran sempadan pada tahun 1899.

''Jalan yang saya lalui berada dibawah pengawasan tentera Mesir (sempadan antarabangsa) dan kawasan ini merupakan kawasan pengganas. Jadi, tentera dibenarkan menembak sesiapa sahaja yang dilihat berada di kawasan itu.


''Hidup cuma sekali jadi saya perlu melakukannya. Anda memerlukan kebenaran untuk melalui jalan ini untuk menuju ke Bir Tawil'

''Kami diberikan kebenaran dengan tiga syarat, tidak mengambil gambar kawasan tentera, pergi dan pulang dalam satu hari dan tidak membawa barang berharga'', kata Suyash Dixit.

Suyash Dixit memandu selama enam jam untuk memacak bendera dan menanam biji benih bagi menubuhkan ''Kerajaan Dixit'' di Bir Tawil serta menamakan dirinya sebagai raja.

''Berdasarkan undang-undang dan etika tamadun awal dunia, jika anda mahu menuntut sesuatu kawasan anda perlu menanam di tanah tersebut. Saya sudah pun menanam biji benih dan menyiramnya. Jadi, ia (Bir Tawil) milik saya.



''Negara kita ini tertubuh dan bermula di sebuah kawasan gurun yang kering kontang dan terasing. Dengan bantuan daripada seluruh komuniti dunia dan ilmu sains moden, kita akan membina negara paling subur dan peka dengan ekologi dunia.

''Saya seorang raja. Ini bukan gurauan. Tiba masanya untuk mengutuskan sepucuk surat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)'', katanya lagi.

Bagaimanapun, Raja Dixit bukanlah satu-satunya individu yang pernah menuntut kawasan tersebut. Pada tahun 2014, seorang lelaki warga Amerika Syarikat pernah mengembara ke kawasan tersebut dan berhajat menjadikan anak perempuannya sebagai Puteri Kerajaan Sudan Utara (Bir Tawil).

Namun, menurut Anthony Arend, Pakar Undang-undang, berdasarkan undang-undang antarabangsa, hanya sesebuah negara sahaja yang boleh mengisytiharkan kedaulatan ke atas sesuatu wilayah, bukannya orang perseorangan.


Sumber : The Telegraph UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli