Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Rayuan Lesen Dah Lulus'', Kelantan, Kedah Dan Melaka Layak Beraksi Dalam Liga Super Malaysia 2018

3 ulasan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan kelulusan lesen kelab Kedah dan Melaka berjaya bagi membolehkan kelab-kelab tersebut berkasi dalam Liga Super 2018 selepas rayuan Kelantan sebelum ini diterima.

Ujarnya, ketiga-tiga pasukan terbabit layak beraksi untuk musim depan selepas Badan Rayuan (AB) Perlesenan Kelab FAM yang bermesyuarat Jumaat lalu yang dianggotai jawatankuasa badan bebas meluluskan rayuan yang dibuat oleh pasukan-pasukan tersebut.

"Dengan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelab-kelab yang telah menunjukkan kesungguhan dalam memastikan mereka akhirnya dapat juga memenuhi kriteria yang ditetapkan meskipun permohonan awal mereka sebelum ini ditolak," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Hamidin menjelaskan bahawa ketiga-tiga pasukan tersebut hanya mendapat kelulusan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Manakala dua lagi pasukan yang turut membuat rayuan iaitu Sarawak dan Felda United gagal dalam rayuan kali kedua mereka.

"Kedua-dua pasukan itu masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan,” katanya.

7 September lalu, FAM mengeluarkan kenyataan bahawa tujuh daripada 12 kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super 2017 lulus dalam pemohonan mendapatkan lesen FAM. Kelab-kelab tersebut adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Persatuan Bolasepak (PB) Pahang, PB Perak, PB Selangor, PB Pulau Pinang, T-Team FC dan PKNS FC.

Manakala 4 pasukan daripada 7 pasukan tersebut yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM iaitu JDT, PB Pahang, PB Selangor dan PKNS FC berjaya mendapat kelulusan lesen kelab AFC yang membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2018 dan Piala AFC 2018 sekiranya layak.

Kelulusan lesen kepada kelab-kelab tersebut diputuskan dalam mesyuarat FIB pada 24 Ogos lalu yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

Namun, Lesen FAM dan AFC ini hanya sah untuk digunakan untuk tempoh satu musim sahaja bagi musim 2018.

Lesen-lesen ini boleh ditarik kembali jika kelab-kelab terbabit didapati melanggar mana-mana artikel yang terdapat dalam Peraturan Perlesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau terbabit dalam kes berkaitan dengan FIFA dan AFC.

Sumber : mStar


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen game online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli