Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Lukis Imej Alat Kelamin Lelaki Di Ruang Udara, Tentera US Mohon Maaf Dan Akan Ambil Tindakan

One Comment

WASHINGTON: Akibat melukis imej kemaluan lelaki di udara menggunakan ekzos sebuah jet pejuang, seorang kru tentera laut Amerika Syarikat ditahan.

Insiden tersebut berlaku di ruang udara Okanogan, Washington, dimana pesawat pejuang Tentera Laut AS, E/A-18 Growler terbang tanpa mengikut corak penerbangan biasa.

Imej berbentuk kemaluan lelaki itu pantas menjadi tular di media sosial.


Tentera laut segera mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara rasmi berikutan kejadian yang disifatkan sebagai tidak bertanggung jawab itu seiring dengan usaha mereka untuk menghapuskan serangan seksual dalam kalangan anggotanya.

"Tindakan tidak matang berkaitan seksual tidak ada tempat dalam unit penerbangan tentera laut.

"Kami akan menyiasat kejadian itu untuk mendapatkan semua fakta dan bertindak sewajarnya," kata Komander Unit Udara Tentera Laut, Timbalan Laksamana Mike Shoemaker, dalam satu kenyataan.

Menurut laporan sebuah media tempatan, seorang wanita di Okanogan gusar apabila perlu menjelaskan imej lukisan di udara tersebut kepada anaknya.

Sumber- The Washington Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli