Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Miliki Wajah Seiras Ibu Menjadi Punca Anak Perempuan Didera Bapa

4 ulasan

Wajah seiras ibu menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun didera dalam kejadian di Kampung Terap, Bukit Marak, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan didera dengan dicucuh api rokok di kaki dan beberapa bahagian badan dipukul dengan tangan di kepala menyebabkan bengkak dan ditoreh dengan pisau di tangan kanan.

Kesan didera tersebut menyebabkan mangsa mengalami cedera di kaki, badan dan kepala serta masih dalam keadaan trauma.

Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian tersebut selepas menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar bekas adik ipar yang memintanya segera mengambil anak pada jam 11.50 pagi.


Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 27, berkata, dia melihat sekeping gambar yang dihantar bekas adik ipar menunjukkan anak sulung dan anak keduanya yang berusia enam tahun menyorok di belakang almari kerana takut.

Sejurus itu dia terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian untuk mengambil anak dan bersama beberapa anggota polis dari Balai Binjai ke rumah bekas suaminya yang berusia 31 tahun.

"Saya dapat mengambil anak dan mendapati dia cedera teruk di kaki, badan dan kepala akibat didera bekas suami," katanya.

Jelasnya, bekas suami bertindak demikian kerana berdendam dengannya akibat perceraian mereka tiga bulan lalu serta muka anak perempuannya itu seiras dengan wajahnya.

Tambahnya, mereka bercerai buat kali ketiga dan bekas suaminya mahu merujuk kembali tetapi dia tidak mahu ekoran tidak tahan dengan sikap lelaki itu panas baran dan beberapa kali memukulnya.

"Bekas suami mengambil dua anak kerana belajar di sebuah sekolah berdekatan rumah lama di Bukit Marak.

"Namun, sejak anak tinggal dengan bekas suami, dia dikurung dan tidak dibenarkan ke sekolah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, suspek ditahan Ahad lalu dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agent bola terpercaya di Indonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli