Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Nafi Kerajaan Cadang Untuk Hapuskan Skim Pencen

2 ulasan

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam sedia ada.

Ujarnya lagi, timbul salah faham atau tafsiran berhubung dengan ucapan yang disampaikan oleh beliau semasa hadir menjadi tetamu dalam rancangan Soal Jawab di TV 3 yang disiarkan pada Rabu lepas (1 November) berkaitan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

"Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan Skim Pencen sedia ada malah akan mempertimbangkan kemungkinan memberi pilihan kepada kakitangan awam baharu pada masa akan datang melalui skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.

Semalam sebuah laman portal berita melaporan kerajaan bercadang untuk memperkenal skim KWSP bagi mengawal jumlah kakitangan awam.

Menurut portal berkenaan, kata-kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu dipetik semasa bersiaran langsung dalam program Soal Jawab “Analisis Bajet 2018” yang disiarkan oleh TV 3.

Laporan itu memberitahu Datuk Seri Johari membuat kenyataan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan untuk memperkenalkan Skim KWSP untuk penjawat awam di masa hadapan bagi mengawal perbelanjaan pencen yang cukup besar selama ini.

Peruntukkan yang besar untuk membayar pencen pesara dilihat sebagai tidak mapan untuk ekonomi negara dan perlu dikawal, tulis portal tersebut yang memetik kata-kata Datuk Seri Johari semasa diwawancara dalam rancangan itu.

Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut menyatakan bahawa kerajaan tidak memotong Skim KWSP untuk penjawat awam di dalam sistem lama sebelum ini hingga kerajaan perlu membayar pencen apabila seseorang penjawat awam itu bersara kerana tiada caruman KWSP.

Johari juga dilaporkan menyatakn kerajaan perlu mengawal pengambilan penjawat awam yang kini berjumlah 1.6 juta orang kerana kerajaan membelanjakan sejumlah RM 79 bilion untuk penjawat awam (Emolumen) yang dianggap jumlah yang besar.

Sumber : BERNAMA


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli