Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lan Kristal Umum Undur Diri, Harap Rakan Band Hormati Keputusannya


Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, ataupun lebih dikenali sebagai Lan Kristal ternyta tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan hasratnya yang mahu mengundur diri daripada kumpulan Kristal susulan kemelut yang timbul antara dirinya dengan anggota lain kumpulan tersebut.


Bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4) itu turut memberitahu bahawa dia berat hati untuk membuat keputusan tersebut, namun menganggap undur diri adalah jalan terbaik.

“Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.

“Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.

“Dengan rasminya, depan semua orang. Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik,” katanya.

Ujarnya lagi, dia sebelum ini tidak pernah pun menyuarakan apa-apa jika ada anggota kumpulannya yang membuat sesuatu tanpa merujuk kepada ahli kumpulan yang lain kerana menganggap ianya adalah rezeki masing-masing.


“Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.

"Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.

“Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.

“Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

“Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.

"Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?

“Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai GV 4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal,'' katanya lagi.

Lan pada masa yang sama turut berharap agar tiga rakannya dalam Kristal iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya itu.

''Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal,” katanya.



Sumber : Astro Gempak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll hanya di F4ns Bett1ng, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli