Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagi Kes Tapir Mati, Axia Terbalik Dan Berpusing Langgar Tapir Seberat 100kg

2 ulasan

Seekor tapir seberat 100 kilogram mati dilanggar Perodua Axia, di Plaza Tol Chukai, jam 6.15 pagi, hari ini.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dipercayai tapir cuba melintas jalan selepas keluar dari kawasan hutan sebelum dilanggar kereta tersebut.

Menurut sumber, kereta dinaiki empat lelaki berpusing sebelum terbalik.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Sabari Taib, sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.

Jelasnya, sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tapir itu dilanggar kereta dinaiki empat individu.

"Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit berpusing dan terbalik, bagaimanapun semua mangsa iaitu Mohd Syawal Rashid, 26, Mohd Hanif Ghazali, 25, Mohd Al Hakim Johari, 24, dan Mohd Nazri Mohd Nuri, 22, hanya cedera," katanya.

"Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati semua mangsa sudah berada di luar kenderaan. Anggota bomba kemudian mengalihkan bangkai tapir itu ke tepi lebuh raya bagi mengelakkan ia daripada dilanggar kenderaan lain," tambahnya.

Kesemua mangsa berkerja di Johor Bahru dikatakan dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung mereka di Kelantan.

"Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli