Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kristal Ambil Keputusan Rehatkan Lan, Cari Vokalis Baru


Atas nasihat orang lama kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka iaitu Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof sehingga membuat pengumuman baru dalam masa terdekat.

Menurut pemain gitar kumpulan itu, Rody bagi mewakili anggota Kristal, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan nasihat orang lama, sekali gus membolehkan mereka mengadakan uji bakat mencari penyanyi baharu.

"Insya-Allah pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya mahu menjadi penyanyi solo. Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan nanti kami tiada 'show' pula," katanya di laman sosial peribadinya, semalam.

Penyataan itu dikongsi selepas vokalis kumpulan itu mahu mengembangkan kerjaya solonya kerana enggan tertumpu pada genre rock saja.

Lan turut didakwa membelakangkan anggotanya apabila menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim empat yang kini sedang berlangsung tanpa berbincang terlebih dulu dengan mereka.

Selain Lan dan Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari bergabung dengan saya di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli