Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kantoi Menyamar Seperti Orang Tempatan

2 ulasan

Wanita warga Indonesia  bertindak menyamar dengan memakai baju kurung dan bertudung seperti warga tempatan sambil mengemis serta menjual di kaki lima terbongkar selepas ditahan dalam Op Bersepadu Menyelamat Pengemis di sekitar pekan Kuala Pilah, Jumaat lalu.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Pilah, Mohamad Affendy Mat Sani, operasi bersepadu JKM daerah itu bersama Pejabat Agama Islam Daerah, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dan polis dilakukan bagi membanteras kegiatan mengemis yang mengganggu orang ramai terutama di premis perniagaan yang bermula jam 5 petang.

“Tindakan wanita warga asing itu mengemis dan berniaga di kaki lima tanpa lesen jelas menyalahi undang-undang. JKM memberi amaran kepada wanita itu dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut bagi mengesan sindiket yang dipercayai menghantar wanita terbabit di kawasan ini.

“Selain wanita itu, kita turut menahan lima lelaki tempatan kerana didapati mengutip derma tanpa permit. Kita menyerahkan mereka kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan susulan,” katanya.


Jelasnya, dalam operasi itu juga turut menemui tiga remaja berusia 12 hingga 14 tahun yang berpelesaran tanpa pengawasan penjaga di sekitar pekan Kuala Pilah dan JKM memberi amaran kepada mereka.

Beliau berkata, operasi berlangsung selama lima jam merupakan hasil risikan dan aduan orang ramai yang diterima JKM.

Operasi itu bertujuan membanteras kegiatan mengemis yang menimbulkan rasa kurang selesa kepada masyarakat setempat.

“JKM sentiasa mengutamakan keselesaan masyarakat dan berharap sekiranya masih terdapat kegiatan sama berulang, mohon segera laporkan kepada JKM supaya tindakan susulan dapat diambil,” tambahnya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli