Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jangan Terburu-Buru Daftar, Siapkan Proposal Dulu'', Tips Berguna Untuk Anda Yang Mahu Sambung Master Atau PhD

2 ulasan

Dengan beberapa buah universiti baru sahaja selesai mengadakan Majlis Kovokesyen dan beberapa buah universiti lagi yang Majlis Konvokesyennya sedang berlangsung, mungkin sudah ada graduan-graduan yang berkira-kira mahu menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Rusydi telah berkongsi tips-tips yang sangat berguna untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master mahupun PhD. Kami bawakan perkongsiaannya untuk anda di bawah.

SEBELUM DAFTAR MASTER ATAU PHD

Oleh sebab saya ada sedikit pengalaman. Taklah details mana dan tak expert mana. Di sini saya nak kongsilah beberapa tips sebelum korang sambung belajar di peringkat pascasiswazah.

Pertama.

Jangan terburu-buru daftar. Cara yang BETUL adalah awak pergi dulu ke universiti yang awak minati dan periksa degree awak tu diterima atau tidak (ikut terma syarat uni tersebut). Layak atau tidak dengan bidang yang awak nak sambung.

Tak boleh sesuka hati tukar laluan bidang tanpa bukti yang konkrit. Contoh: Awak bidang Matematik, tiba-tiba nak ke laluan Linguistik.

Kedua.

Bila universiti yang awak pilih (tanpa daftar lagi) dah sahkan degree awak lulus digunapakai untuk bidang yang awak pilih, maka bermulalah step penting ini:

1. Cari supervisor.

Maksudnya, awak kaji siapa doktor/pensyarah di jabatan atau fakulti yang dipilih. Cara terbaik adalah tanya student yang dah belajar di situ tentang doktor-doktor berkenaan.

Cara lebih baik adalah berjumpa sendiri dan bersembang dengan pensyarah di situ. Bina bonding yang baik. Bila dah terbina, cubalah tanya-tanya skop kajian apa yang mereka fikirkan bagus. Mana tahu rezeki, tiba-tiba dapat tajuk tesis cadangan.

2. Mulai ke perpustakaan.

Awak tak tahu nak kaji tentang apa? Maka, bukalah library online universiti terbabit dan lihat tajuk tesis yang sudah sedia ada.

Bila sudah ada tajuk cadangan yang anda cenderung, maka carilah pula SOROTAN LITERASI atau nama lainnya, kajian-kajian terdahulu.

Contoh: Awak berminat tentang kajian,

"Pendekatan guru dalam pelaksanaan Kurikulum ABC di negeri XYZ."

Maka, awak kena cari semua kata kunci berkaitan 'pendekatan guru', 'pelaksanaan kurikulum', 'kurikulum ABC' dan yang berkaitan.

Cari di web perpustakaan online tu. Atau cari di jurnal online. Atau OPAC mana-mana universiti yang awak boleh pergi.

Bila dah keluar list, pergilah ke perpustakaan dan tengok dengan mata kepala sendiri. Kemudian, sesi membaca. Bacalah kesemua yang berkaitan dan part paling penting sekali adalah keluarkan kesimpulan, kefahaman awak dari kajian-kajian yang telah dibaca tu.

Contoh: Kajian A - rumusannya: hanya tumpu pada skop pengajaran guru di wilayah OPQ. Kajian B - sentuh bab integriti. Kajian C - ulas isu murid tidak memahami. Dan seterusnya.

3. Kenal pasti permasalahan kajian.

Awak nak kaji tajuk sekian-sekian tu kenapa? Itu yang awak kena highlight. Relate dengan isu terkini atau ada kontroversi telah timbul.

Contoh:

"Menteri katakan dalam sidang akhbar bahawa Kurikulum ABC tidak relevan lagi."

Maka, itu mungkin boleh jadi antara isu yang mencetuskan kepada sebuah kajian. Ada sebab dan alasan kukuh.

4. Siapkan proposal

Pergi ke perpustakaan dan belek tesis yang telah berjaya. Lihat pada bab pertama atau pendahuluan. Itulah proposal.

Belajar langkah-langkah penulisan proposal. Kalau nak lebih padu, sertailah bengkel-bengkel penulisan tesis yang dianjurkan universiti terbabit. Ada diajar.

5. Setelah siap proposal

Bawa kepada supervisor yang anda telah pilih sendiri. Berikan draf proposal untuk beliau nilai dan periksa, kritik dan saran. Buat pembetulan dari saranannya.

Buat dan buat, sehinggalah, ulang jumpa dengan supervisor tersebut hingga beliau berpuas hati. Nak padu lagi, jumpa semua supervisor di fakulti tersebut, tanya pandangan. Ini kerana, boleh jadi ketika pembentangan proposal anda nanti, mereka yang akan jadi examiners.

6. Daftarlah.

Sekarang, awak boleh daftar dengan hati yang sedikit lega setelah proposal dah ada, supervisor dah ada, supervisor dah puas hati dengan proposal.

Itulah sedikit-sebanyak dari saya.

Sekali lagi diulangi, jangan terburu-buru daftar kerana proses menyiapkan proposal mungkin akan berlanjutan hingga setahun lamanya.

Tapi, jika awak daftar setelah proposal di tahap seperti di atas, awak akan untung TIGA benda:

a) Jumlah tahun belajar secara rasmi di universiti tersebut

b) Kos yuran setiap sem yang perlu ditanggung.

c) Tak perlu tangguh mana-mana sem hanya kerana pening dengan pembikinan proposal yang tak lulus-lulus.

Selamat sambung belajar.

Sumber : Muhammad Rusydi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli