Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jangan Guna Putik Kapas Untuk Bersihkan Kotoran Telinga'' - Pakar


Pakar kesihatan berpendapat bahawa putik kapas tidak sepatutnya digunakan untuk membersihkan kotoran di dalam telinga kerana ia mampu mencederakan salur dan gegendang telinga selain berkemungkinan menolak kotoran tersebut masuk ke bahagian lebih dalam telinga.

Sebuah draf panduan yang diterbitkan oleh Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (NICE) menyatakan bahawa penggunaan ear syringing, picagari besar yang diperbuat daripada keluli yang digunakan untuk memasukkan air ke dalam telinga bagi membersihkan kotoran sebenarnya berpontensi membahayakan kesihatan telinga.


Jawatankuasa NICE bersetuju dengan pendapat bahawa putik kapas yang digunakan secara meluas oleh orang awam untuk membersihkan telinga boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan dan jangkitan pada bahagian dalam telinga.

Menurut draf tersebut lagi, telinga sebenarnya mempunyai mekanisme pembersihannya yang tersendiri, dimana kotoran telinga yang berlebihan akan jatuh keluar sendiri daripada telinga manakala lubang masuk telinga boleh dicuci dengan tuala lembap.

Berbanding kaedah ear syringing, NICE mencadangkan orang awam menggunakan kaedah ear irrigation untuk mengeluarkan kotoran, iaitu kaedah dimana air yang dimasukkan ke dalam telinga menggunakan mesin elektronik yang mengawal tekanan air tersebut.

Prosedur ear irrigation

''Ear irrigation adalah kaedah selamat dalam membuang kotoran di dalam telinga. Ear drop sepatutnya digunakan untuk melembutkan kotoran di dalam telinga dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum prosedur ear irrigation dijalankan'', kata Katherine Harrop-Griffiths, Pengerusi Jawatankuasa NICE.


Beliau yang juga Perunding Perubatan Audiovestibular turut menambah bahawa mereka yang bercadang untuk menggunakan kaedah ear irrigation perlu mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada hospital atau klinik bertauliah.

''Secara umumnya, panduan yang diterbitkan menasihati orang ramai agar tidak memasukkan apa-apa termasuklah putik kapas ke dalam telinga kerana telinga mempunyai mekanisma pembersihan yang tersendiri. Kita hanya perlu mencuci bahagian luar lubang masuk ketelinga dengan tuala lembap sahaja'', katanya lagi.

Profesor Mark Baker, Pengarah Pusat untuk Panduan NICE berkata panduan tersebut bertujuan untuk memperbaiki taraf kesihatan orang awam.

''Saranan yang diberi melalui panduan yang dikeluarkan oleh NICE boleh membantu memperbaiki penjagaan kesihatan telinga melalui kaedah yang sepatutnya dan mencadangkan pihak sesuai untuk dirujuk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan telinga'', katanya.

Selain boleh mendatangkan masalah kesihatan telinga, penggunaan putik kapas juga mencetuskan kontroversi membabitkan isu pencemaran apabila batang plastik putik kapas tersebut adalah antara sampah sarap yang sering ditemui di kawasan pantai.






Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli