Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Pergi Menghadap Ilahi Pada Hari Pertama SPM

One Comment

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolaj Agama Menengah Nurul Iman (SAMN), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang yang baru sahaja selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu, melalui detik memilukan apabila menerima khabar duka mengenaik kematian ibunya akibat serangan jantung.

Sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang, Muhammad Noh Zakariah, 17, mengetahui kejadian menimpa ibunya yang berlaku sekitar 12 tengahari.

Maziah Alias, 50, yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah tersebut selepas keletihan dan tidak bermaya.


Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut selepas mengetahui berita duka tersebut menerusi pengetua sekolahnya.

"Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

"Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam ini.

Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata, walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, menurut suami kepada arwah, Zakaria , arwah kebiasaannya akan mengucapkan 'bye-bye' ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

"Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya," katanya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli