Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Ditemui Rentung, Bapa Sesak Nafas Manakala Anak Melecur

2 ulasan

Mayat wanita berusia 76 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Bengkok, kampung Baru Buntong, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, Lam Ah Hoo ditemui rentung di celah runtuhan bangunan manakala suaminya 82 tahun sesek nafas.

Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia 51 tahun melecur lima peratus di belakang badan dan tengkuk.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, P Samasuvam, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi.

“Mangsa yang melecur dan sesak nafas sudah keluar ketika anggota tiba di lokasi.

“Selesai pemadaman, mayat mangsa ditemui rentung di celah runtuhan bangunan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Jelasnya, mangsa cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan 4.24 pagi.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli