Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ia Spontan Dan Normal Untuk Suami Isteri'', Mia Ahmad Tak Melenting Walau Dikritik Kerana Cium Suami Di Tempat Awam


Pelakon, Mia Ahmad yang juga isteri kepada Izham Tarmizi, penjaga gol Johor Daru Ta'zim berkata bahawa dia tidak menyesal memuat naik rakaman video yang menunjukkan dirinya mencium pipi suaminya.

Walaupun teruk dikecam kerana tindakan tersebut di buat di tempat awam, pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 29, tidak kisah kerana menganggap ia adalah satu tindakan spontan selain normal bagi pasangan yang sudah berkahwin ketika meraikan kejayaan insan tersayang.

"Saya tidak menyesal sebab tak buat salah. Kalau nak difikir mengenai komen negatif, hanya berapa peratus yang meninggalkan komen begitu.

"Mereka yang memberi komen negatif mungkin ada masalah hati atau mindanya tertutup.

"Benda ini (aksi ciuman di pipi) bukanlah masalah, tapi dijadikan masalah. Saya nampak perkara seperti ini akan terjadi kalau seorang tampil meninggalkan komen negatif, kemudian yang lain mengikut," katanya lagi.

Mia bertindak memuat naik video itu ke akaun Instagramnya sehari selepas JDT menjuarai Piala Malaysia 2017 setelah berjaya membenam cabaran Kedah dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Dalam video tersebut, Mia tampil merangkul leher sebelum bertindak mencium pipi suaminya itu sebaik keptusan diumumkan.

Perkongsiannya nyata mendapat perhatian orang ramai terutamanya netizen termasuk ada yang menganggap aksi tersebut sebagai keterlaluan kerana berada di tempat awam yang disaksikan puluhan ribu penonton.

Menurut Mia, aksinya dan rakaman tersebut tidak perlu diperbesarkan.

"Ada yang mengatakan saya tak perlu mencium pipi suami di khalayak ramai. Niat saya bukanlah mahu menunjuk, tapi ia terjadi secara spontan.

"Bagi saya, ia adalah perkara normal antara suami dan isteri," katanya.

Pelakon drama Hati Perempuan turut menambah bahawa dia enggan melenting walaupun dihujani dengan pelbagai kritikan daripada orang ramai. Malah, suaminya juga tidak mengambil pusing mengenai perkara itu.

"Tak muat naik gambar pun orang mengata. Bukan itu saja, kalau letak ayat-ayat atau pepatah pun orang cakap saya bergaduh dengan suami. Buat apa sekalipun, ada pihak yang kreatif memberi komen, tak mengapalah.

"Kalau mahu diikutkan, saya memang berpada-pada dalam memuat naik sesuatu status di laman sosial. Namun, saya tak boleh nak salahkan mereka (netizen) sebab mereka tak hidup dalam dunia saya.

"Jadi saya tak boleh nak berharap orang nak berfikir ikut cara saya," katanya.

Mia ketika mengulas mengenai kariernya memaklumkan baru sahaja tamat menjalani penggambaran dua buah drama yang akan disiarkan di RTM dan juga TV3. Selain itu, filem Jibam yang turut dibintanginya akan ditayangkan bermula 7 Disember depan.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli